Artis / Selebriti
” Tu dia Presiden duda-duda Malaya dah bersuara. Ketua dah marah daa.. ” – Komen Netizen
Promote Playlist Lagu-Lagu Healing Pilihan Fattah Amin, Komen Sharnaaz Ahmad Buat Ramai Terhibur. Alamak Mamu Dah Berbunyi Lah Guys. Fattah Pun Ada Respon Komen Mamu !!
Populariti Fattah Amin semakin mencanak naik. Di mana-mana sahaja, semua memperkatakan mengenai Fattah. Malah rezeki Fattah juga semakin mencurah-curah dengan tawaran kolaborasi bersama beberapa produk gah di pasaran Malaysia.
Meninjau entry di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu posting yang mempromosikan slot ChinguEra di bawah kendalian Muna Bella. Apa yang istimewanya, kali ini senarai lagu yang akan diperdengarkan di corong radio semuanya adalah pilihan daripada Fattah sendiri.
Slot ini bersiaran pada jam 8 malam tadi dan berakhir pada jam 12 tengah malam. Pelbagai respon diterima daripada warganet dan ratusan komen direkodkan. Salah satu komen adalah daripada selebriti yang juga berstatus duda pujaan ramai iaitu Sharnaaz Ahmad.

Memandangkan Fattah kini diberikan jolokan Duda Hot, Sharnaaz juga berseloroh di komen mengusik Fattah Amin. Apabila ketua duda-duda semalaya bersuara, ramai sungguh yang menyukai komennya itu. Fattah juga turut memberikan respon kepada komen Sharnaaz itu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Tu diaaaaa Presiden duda-duda Malaya da bersuara.. ketua dah marah daaa.. sabaqqq naa.. “
” Apa2 semua pasal fattam amin sekarang mesti laku.. nampaknya aku kena keluar beli radio ni, mlm ni nak letak dalam bilik.. “
” Hahah duta hot Malaysia Fattah Amin tu.. tak pernah2 dengar era malam2.malam ni nak kena dengar pulak dah.. “
” Ok baik demi Bamtah, kita dengar Era malam ni.. Era ambik lah Fattah pulak jadi dj.. “
” Aaaaa laju nya, blum abis pmw, erra fm la pulak, ni bukan hari2 lagi, setiap jam demam fattah amin jer, xjd keje laguni.. “
” Alaaa.. tak pernah bukak radio malam-malam. kena buka era malam ni.. Untuk adek fattah ingat dimana bumi dipijak jaga harga diri semoga Allah rahmati perjalanan hidup mu.. “
” Selagi Ada pintu REZEKI, selagi tu ada FA.. Alhamdulillah.. Anggap je rezeki Fattah.. kena dengar ni hehe.. “
Komen daripada Sharnaaz yang mencuit hati warganet turut mendapat respon daripada Fattah :


Bertambah ahli duda semalaya di bawah Mamu, duda baru yang ramai memasang impian untuk dihalalkan. Fattah mahu pun Sharnaaz kedua-duanya baik-baik sahaja. Ini hanyalah sekadar gurauan Sharnaaz sahaja dan semoga pembaca juga terhibur dengan perkongsian tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG Sharnaaz Ahmad, IG Fattah Amin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti3 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

