Artis / Selebriti
” Lawanya anak Zila. Iras-iras Amelia Henderson zaman remaja.. ” – Komen Netizen

Video Zila Bakarin Memasak Di Dapur Bersama Anak Perempuannya, Kaseh Raih Perhatian Warganet. Alahai Cantiknya Kaseh, Manis Macam Mamanya. Ada Yang Kata Iras Macam Amelia Henderson. Part Kaseh Senyum Tu, Sebijik Sama !!
Pelakon wanita, Zila Bakarin antara pelakon senior yang masih aktif di kaca TV. Zila sudah pun berhijrah dan bertudung sepenuhnya sekarang. Kehidupan Zila bahagia bersama suaminya, Azri Izhar dan 2 orang anak perempuan mereka, Kaseh dan Chinta.
Meninjau entry di akaun Tiktok Zila Bakarin8, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zila bersama anaknya, Kaseh sedang memasak di dapur. Menerusi video ini, Zila menunjukkan Kaseh sedang memasak nasi goreng Korea dan ianya mencuri perhatian warganet.
Sambil Kaseh sedang mengacau nasi goreng di dalam kuali, Zila bercerita mengenai anaknya ini yang tidak suka sayur dan bawang. Kata Zila juga, dia tidak lah sehebat mana dalam memasak tetapi boleh untuk menyediakan juadah untuk suami dan anak-anak.
Menerusi video ini, wajah Kaseh menjadi perhatian warganet. Saling tak tumpah seperti wajah Zila ketika muda, Kaseh memiliki mata dan senyuman yang sama seperti mamanya ini. Ramai yang memuji kecantikan Kaseh dan mengatakan anak dan ibu ini sama-sama cantik.
Jom tonton video di bawah :
@zila.bakarin8 Anak dara tengah masak 😋 #zilabakarin #fyp #fypp #foryou #foryoupage #esekeli
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Lawa anak Zila Bakarin, macam mama juga. Sekali pandang, macam amelia henderson masa kecik pun ada.. “
” Subhanallah copy paste mama nye masa muda ke ni.. lawa sangat. Sebijik betul muka tu.. mata mama.. “
” Comel anak Zila ni.. ada mirip wajah Tengku ratu anak que haidar tu.. dah besar dia, makin besar makin cun.. “
” Muka anak Zila ada iras-iras Amelia Henderson laa.. Muka zaman Amelia remaja macam ni lah.. “
” Comel anak dara anak zila bakarin.. macam mak dia.. copy paste muka mak sangat.. macam kembar.. “
” Copy paste mama ye, cantik Kaseh. comelnya anak macam akak Zila time muda dulu.. suka rambut maggie macam tu.. “
” Cantiklah anak zila, mcam mamanya.. macam muka mix, berapa dah umur tu.. oklah tu pandai masaak nasik goreng.. “
Kaseh sememangnya memiliki daya tarikan yang tersendiri. Dengan Zila mengajar anaknya di dapur, pasti Kaseh juga mewarisi kemahiran memasak yang hebat seperti mamanya. Semoga Zila dan keluarganya sentiasa dilindungi oleh Allah dan bahagia sentiasa.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Zila Bakarin, IG Zila Bakarin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Qalqalah, makhraj, tajwid superb. Saya yang ikut baca pun tak sempat nafas, tercungap-cungap dah.. ” – Komen Netizen