Artis / Selebriti
” Rupanya kamera kat belakang je beb. Baju aku yang RM59 pun tak nampak ye. So aku macam.. ” – Zila Bakarin
Video Zila Bakarin berkongsi cerita kelakar ketika pertama kali shooting drama buat ramai terhibur. Part pakai eyes shadow warna biru tu memang lawak. Punyalah teruja Zila nak pergi shooting. Sekali lain pula jadinya, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik amplified.studio, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan sesi podcast bersama pelakon terkenal, Zila Bakarin. Menerusi podcast tersebut, Zila berkongsi kisah lucu dan penuh makna mengenai pengalaman pertamanya menjejakkan kaki ke dunia lakonan dan mengimbau kenangan yang tidak mungkin dilupakannya.
Menurut Zila, ketika menerima tawaran pertama untuk menjalani penggambaran drama, dia berada dalam keadaan yang serba sederhana. Demi memastikan dirinya tampil kemas dan yakin pada hari pertama penggambaran, dia telah meminjam wang daripada ibunya untuk membeli pakaian baru.
Tambah Zila lagi, ibunya telah meminjamkan wang sebanyak RM60 dan dia menggunakan RM59 daripada jumlah itu untuk membeli sepasang pakaian di Sungei Wang Plaza. Baki perbelanjaan untuk tambang teksi ke lokasi penggambaran pula turut ditanggung oleh ibunya.

Pada hari tersebut, Zila berpeluang menjalani penggambaran bersama pelakon-pelakon hebat seperti Aida Khalida dan Dato’ Jalaluddin Hassan dan ianya satu pengalaman yang amat berharga buat dirinya yang masih baru dalam bidang lakonan. Bagi penggambaran tersebut, Zila menerima bayaran sebanyak RM30 sebagai pelakon tambahan.
Tonton video di bawah ini :
@amplified.studio Bersiap nak bagai rak, sekali kamera shoot belakang je. @dodosentoso @zilabakarin_official #short #shorts #litar #fyppp #shooting #camera
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Dgr citer Zila Bakarin…. Terimbas kenangan dulu2… Warga kota waktu tuh pastinya tahu kesemua tempat yg diceritakan tuh.. “
” Weih.. Aku dapat imagine dan memahami sgt citer Kak Zila nie.. Kahkahkah bahak aku oii, kelakar kot, hahahaa.. “
” Pernah shooting drama dgn kak zila dulu… Saya jaga wardrobe dan jd extra time tu… Dia friendly dan tak sombong.. Baik sangat orangnya.. “
” Zila me too sg wang best place shopping budget2 besutiful memories coz ofis kat jln sultan ismail.. Rindunya memoriii tu.. Betul2 mengimbau kenangan.. “
Apa yang lebih menghiburkan ialah keterujaan ibunya yang tidak sabar menantikan drama itu ditayangkan di televisyen untuk melihat kemunculan anak kesayangannya. Namun, apabila drama tersebut disiarkan, ibunya puas mencari wajah Zila dalam setiap babak. Rupa-rupanya, kamera hanya merakam bahagian belakang tubuh Zila kerana sudut penggambaran ketika itu memfokuskan watak lain.

Kisah itu membuatkan Zila sendiri tidak dapat menahan ketawa setiap kali mengenangkannya. Perkongsian Zila Bakarin itu mengundang pelbagai reaksi daripada warganet. Ramai yang terhibur dengan kisah lucu tersebut, malah ada yang turut tersentuh melihat besarnya pengorbanan seorang ibu yang sentiasa menyokong impian anaknya sejak dari awal.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok amplified.studio
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hari ini mummy tidak kehilangan seorang anak, tetapi mummy.. ” – Che Ta
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya hubby Kak Fila ni. Manis je muka.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jangan cuba-cuba nak berhenti sekarang. Kalau berhenti, saya report polis, haha.. ” – Abby Abadi

