Artis / Selebriti
” Habis lah Zul rosak teruk dah ni weh. Tolong kembalikan Zul kami balik.. ” – Komen Netizen

Video Zul Ariffin Menyanyi Dalam POV : Dukun Music Video Buat Warganet Terhibur. Adoi Kelakar Betul Zul Menyanyi. Tak Pernah Lagi Tengok Zul ‘Rosak’ Macam Ni. Tak Tahu Menyanyi ke Baca Sajak Ni. Dengan Suara Garau Dia Tu, Berdekah Dibuatnya, Haha !!
Filem Don Dukun lakonan Zul Ariffin, Ropie, Douglas Lim dan Datuk Yusof Haslam bakal ditayangkan di pawagam pada 31 Oktober akan datang. Filem arahan pengarah Waan Hafiz ini pasti menggeletek hati penonton. Official trailer filem ini juga sudah cukup membuatkan ramai yang tidak sabar untuk menonton lakonan Zul.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Shaw, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zul menyanyikan lagu popular rock kapak era 90-an, C.I.N.T.A. Bukan selalu warganet dapat mendengar nyanyian daripada aktor pujaan ramai ini.
Mendengar suara Zul, ramai yang terbahak ketawa kerana Zul bukanlah menyanyi tetapi seperti membaca lirik sahaja. Zul sendiri tidak dapat menahan ketawanya mendengar suara sendiri. Jika selalunya Zul memegang watak romantis dan aksi, kali ini Zul membawa kelainan sebagaimana yang pernah dilakonkan untuk filem Hantu Kak Limah.
Boleh tahan kelakar juga Zul dan ramai yang mengatakan Zul mula ‘rosak’. Terhibur semua mendengar nyanyian Zul yang ‘terlebih merdu’ itu. Zul sememangnya pelakon yang berbakat besar dan versatile. Bagi lah apa sahaja watak, tentu Zul akan melakonkannya dengan sebaik mungkin.
Jom tonton video di bawah :
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Jangan rosakkan Zul Ariffin guys haha.. tolong kembalikan zul kami blk.. pinjam masa musim Don Dukun ni ja kann.. “
” Selain KJ yang makin parah kerosakannya.. dia ni pun dah mula ada tanda-tanda yang sama, haha.. penat aku ketawa weh, dengar nyanyi ke sajak ni.. “
” Bukan rosak lagi, dah jahanam dah Zul Ariffin ni haha. udah pencen jaid sheriff, dia mari jadi dukun pulak kome wehhh haha.. “
” Demi mendalami watak … kita hadap je lah.. Kalau begini tak jadila peoduser musik nak ambik jd penyanyi bossque …. takut pecah studio.. menyanyi bukan, bersajak pun bukan haha.. “
” Wakakaka i cannoy unseen this.. Abis lah abang zul rosak teruk dah ni weh. hilang terus romantik zul ariffin, haha.. “
” Jangan nyanyi Don oiii, jangannnn.. Adoi lawak lah haha.. Sejak bila Zul Ariffin masuk air ni weyhh.. adoi kelakar lah, kena gi tengok ni, confirm gelak pecah panggung.. “
” Rosak dah Zul Ariffin.. Rasa nak kutey je dia ni.. aku x boleh la dgn dia ni.. napa dah masuk air sgt ni.. wake up bang zul.. “
Memang kelakar lah watak yang Zul bawakan kali ini, muzik video ini pun sudah terbahak ketawa semua. Menyanyi bukan, bersajak pun bukan, sah Zul sudah rosak haha. Jom sama-sama support Zul agar filemnya kali ini boleh mencapai target dan box office. Confirm semua akan terhibur dengan kelucuan Zul Ariffin.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Astroshaw, Tiktok AstroShaw
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti12 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar