Artis / Selebriti
” Biar betul Zul ni, sampai tersasul-sasul doanya. Bukan main nak 4, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Zul Ariffin tersasul berdoa mohon 4 orang isteri di Jabal Rahmah buat ramai terhibur. Amboi, lain macam betul doanya tu Zul. Ada yang komen, satu pun tak lepas lagi, terus minta empat, haha..
Pelakon bertubuh sasa dan antara Hero Malaya kegilaan ramai, Zul Ariffin kini berada di Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan ibadat umrah bersama ahli keluarganya yang lain. Banyak video yang dimuatnaik oleh Zul sepanjang keberadaannya di tanah haram itu.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Zul Ariffin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Zul berada di Jabal Rahmah. Lokasi ini destinasi wajib yang akan dikunjungi oleh semua yang melakukan ibadah umrah dan haji dan ianya juga dikenali sebagai tempat pertemuan Nabi Adam A.S dan Hawa.
Dikhabarkan Jabal Rahmah adalah tempat mustajab untuk berdoa dan doa akan termakbul. Zul mengambil peluang yang ada untuk turut memohon doa untuk dirinya di sini. Menerusi video ini, Zul membacakan doanya dalam bahasa Arab yang mana membawa maksud kurniakannya 4 orang isteri.

Zul tersasul menyebut “arba’a” yang membawa maksud empat dan Zul menegaskan yang sebenarnya dia mengharapkan agar dikurniakan seorang sahaja isteri. Tergelak Zul selepas membaca doa tersebut. Kalau betul termakbul doa 4 orang isteri, siapalah agaknya yang bertuah dan menjadi isteri kiriman tuhan untuk Zul.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Seorang pun tak lepas lagi dah minta 4 ye bang zul hahah.. Sampai ke sana Zul rosak ye hehe.. moh kita tolong aamin kan doa tu..”
” Doakan saya dan suami setia sampai akhir hayat kami.. Cukup kan dengan yang satu saja… Aamin.. “
” Aamiin YRA..semoga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT. proud of you.. semoga bertemu jodoh yang baik dan sempurna.. “
” Dia doa 4 la adui.. minta minta doa kedua yang ‘sorang ja’ tu makbul untuk kawan saya la yer.. “
” Bestie,, zul ada doa mintak jodoh niii.. kemain ko ye Zul Aripin., buat tersasul-sasul pulak ekk.. ni memang nak kawen 4 kan haha.. “
” Jabal Rahmah doa agar dapat pasangan hidup yang senang di dunia dan di akhirat.. kita amin kan je doa zul tu haha.. mana tahu rezeki dapat 4 orang.. “
” Dari ‘zawwujini arba’a auto tukar ‘zawwijni seorang ja yaa, hahha.. lucu zul ni sempat lagi bergurau.. “
” Ni parah ni haha. Arba’a? biar betul abang ni.. 4 sekali sampai tersasul sasul doanya. kemain nak 4 hehe.. “
Video Zul ini membuatkan ramai yang terhibur menontonnya. Yakin seungguh Zul menyebut perkataan “arba’a”. Apa-apa pun, sama-sama kita mendoakan agar permintaan Zul untuk dikurniakan seorang isteri dimakbulkan Allah. Isteri yang baik budi pekerti dan solehah untuk Zul, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zul Ariffin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti5 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

