Artis / Selebriti
” Tone suaranya sedap sangat, vibrato macam arwah ibunya. Talita nanti kena kuat, jangan nangis ok.. ” – Komen Netizen
Video Thalita sedang rehearsal menyanyi lagu Kesetiaan untuk Konsert Ajai & Mega Friends Singapore raih perhatian ramai. Fuhhh makin power lah suara Thalita. Lebih-lebih lagi menyanyi lagu arwah ibu, menusuk sampai ke hati..
Menerusi perkongsian oleh Shuib di akaun Instagram, memaparkan anaknya, Thalita sedang rehearsal untuk Konsert Ajai & Mega Friends Singapore. Kelihatan Thalita menyanyikan lagu arwah ibunya, Siti Sarah Raissuddin, bertajuk Kesetiaan.
Perkongsian video tersebut telah menarik perhatian warganet. Ramai yang memuji dan kagum dengan perkembangan suara Thalita yang semakin baik membawa lagu arwah ibunya. Bukan itu sahaja, ada juga mengatakan suara Thalita sekarang sudah seperti suara ibunya.
Di ruang kapsyen, Shuib memberikan ucapan terima kasih kepada Thalita kerana membawa lagu Kesetiaan ini di konsert nanti. Selain Shuib, Ajai juga ada memuatnaik beberapa video ketika rehearsal di akaun Instagram bersama Thalita dan beberapa artis lain yang terlibat dengan konsert itu nanti.

Sehingga kini, perkongsian video nyanyian Thalita telah mendapat ribuan tanda suka dan ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Sedap sungguh nyanyian Thalita. Nampak Ajai pun berpuas hati melihat Thalita menyanyi.
Tonton perkongsian video-video di bawah ini :
(Klik butang kanan > untuk menonton video seterusnya)
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Wahh, Thalita dah semakin improved. Dengar dia nyanyi kali ni teringat kat arwah ibunya.. Sebab suara dia sekarang dah mcm arwah Siti Sarah.. “
” Sedapnya suara Thalita, kita dengar terus rasa macam suara ibu.. Good luck Thalita untuk konsert nanti, mesti meletop lah persembahan Thalita.. “
” Suara mcm suara arwah ibu dia cuma dia kena bljr lg teknik kawal suara mcm arwah ibu dia. Bak kata Dato Ramli MS, ‘arwah penyanyi yg ada teknik suara dan pandai control.. “
” Sedapp suara Thalita.. Oh I can’t wait for this Saturday.. Semoga Allah permudahkan segala urusan abg byajai n mega super friends berjalan dgn lancar.. “
” Tone suara mcm ibu dia ada dah.. Sedapnyaaaa suara awak, teruskan lagi tau, kita doakan yg baik² untuk Thalita Aamiin.. “
” Sangat-sangat improve Thalita.. Goodjob.. Copy paste arwah ibu dah… Keep it up jalan terus teruskan usaha untuk kehadapan.. “
” Saya nampak soul Sarah di dalam Talita.. Tone suaranya sedap sgt. Vibrato arwah ibunya.. Talita nanti kena kuat, jangan nangis okk.. “
Vokal Thalita kedengar semakin mantap dari sehari ke sehari. Apa-apa pun, good luck buat Thalita untuk persembahan nanti di Konsert Ajai & Mega Friends Singapore. Semoga Thalita akan membuat yang terbaik pada persembahan tersebut.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu, byajai
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen

