Artis / Selebriti
” Kakak wajah papa, adik wajah mama. Handsome boy.. ” – Komen Netizen
Gambar-gambar sekitar majlis hari lahir dan Aqiqah anak kedua Intan Ladyana, Harris Umayr raih perhatian ramai. Alahai comelnya Umayr, sebijik macam muka Mama. Kak Evie pula copy paste muka Papa..
Umum mengetahui yang pelakon Intan Ladyana telah pun mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Harris Alif. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Evie Khadeeja dan Harris Umayr.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Harris, telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan sekitar majlis hari lahir dan aqiqah Umayr. Menerusi perkongsian tersebut, sambutan hari lahir itu adalah meraikan Umayr yang sudah pun berusia 1 tahun.
Kelihatan majlis diadakan penuh meriah dengan bertemakan kartun CoComelon dan dihadiri oleh ahli keluarga, dan rakan-rakan selebriti. Perkongsian oleh Harris ini telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan melihat wajah Umayr begitu mirip seperti Intan.

Manakala anak sulung pula mirip seperti Harris. Bukan itu sahaja, ada yang mengatakan tumpang gembira melihat kehidupan rumahtangga pasangan ini. Sehingga kini, perkongsian oleh Harris itu telah menerima ratusan tanda suka setakat artikel ini ditulis.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
(Klik butang kanan > untuk melihat gambar seterusnya)
Di ruangan komen, ada yang memuji kecomelan anak-anak Intan dan memberikan ucapan selamat hari lahir kepada Umayr’s. Antara komen tersebut adalah :
” Kakak wajah papa, adik wajah mama. Handsome boy. Satu kluarga comell.. Slmt hari jadi baby boy.. Doakan smoga kluarga kecil kak Intan sntiasa kekal bhgia slmanya Amen.. “
” Ya Allah. Comel2 nya semua.. Sat bsaq dh ank no 2 Intan.. Happy birthday Umayr’s.. Semoga rumahtangga Intan dan Harris kekal bahagia sehingga ke akhir Jannatul Firdausi.. “
” Happy 1st birthday little handsome boy.. Comey nye syg ni… Semog Umayr jd anak yg soleh berjaya dunia akhirat ya sayang.. “
Alahai, pejam celik, pejam celik, sekejap betul masa berjalan, anak kedua Intan ini kini sudah pun berusia 1 tahun. Benar lah apa yang dikatakan oleh warganet, wajah Umayr’s saling tak tumpah seperti Intan, manakala Evie pun mewarisi wajah Harris.

Apa-apa pun, di kesempatan ini, kami dari Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada Umayr, semoga Umayr terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua ibu bapanya. Didoakan juga semoga rumahtangga Intan bersama Harris terus kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG harrisalif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cepatnya Lara besar. Rasanya baru je tengok Lara masa kecil-kecil.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin

