Artis / Selebriti
” Alahai comelnya dengar suara dia nyanyi. Menyala Evie.. ” – Komen Netizen
Video telatah comel anak Intan Ladyana, Evie Khadeeja menyanyi lagu Stecu Stecu buat ramai terhibur. Alahai comel sungguh suara Evie menyanyi. Dah tahu dah Evie nak ikut jejak siapa, hehe..
Umum mengetahui pelakon Intan Ladyana telah mendirikan rumah tangga bersama penyanyi, Harris Alif. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata yang comel yang diberi nama Evie Khadeeja dan Harris Umayr.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram Harris, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat anak sulungnya itu sedang menyanyi. Menerusi video itu, kedengaran Evie menyanyi lagu viral bertajuk Stecu Stecu dengan gayanya yang tersendiri.
Tulis Harris di ruangan komen dengan mengatakan sudah tahu Evie mempunyai bakat seperti siapa. Perkongsian video itu juga telah menarik perhatian warganet. Ada yang mengatakan Evie sememangnya mengikuti jejak Harris yang meminati bidang nyanyian.

Bukan itu sahaja, video kedua yang memaparkan Harris menyanyi sebuah lagu turut mendapat pujian daripada peminatnya yang mengatakan Harris mempunyai potensi untuk menjadi seorang komposer lagu dan mencipta hasil karyanya sendiri.
Ikuti perkongsian di bawah :
(Klik butang kanan > untuk menonton video seterusnya)
Di ruangan komen rata-ratanya memberikan emoji suka dan memuji nyanyian Evie. Antara komen daripada warganet adalah :
” Alamak stechu2 plak dia, hehehe g school nangis lagi tak tuu.. Alahai comelnya dengar suara dia nyanyi. Menyala Evie.. “
” Suara daddy pun mantap buat lagu sendri daddy jadi composer macam haqiem rusly.. Evie memang ikut bakat daddy ni, pandai nyanyi.. “
” Evie & kepit2 rambut berpisah tiada.. Bakat daddy turun kt Evie, pandai nyanyi ikut tune dah.. Comel betul anak sulung Harris dan Intan ni.. “
Sebelum ini, tular video yang memaparkan Intan tidak dapat menahan air matanya ketika menghantar Evie bersekolah ke tadika. Bukan itu sahaja, Intan juga sanggup menunggu Evie berdekatan tadikanya sehingga anaknya itu habis sekolah.

Untuk sekadar info, selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan sepasangan cahaya mata, Intan tidak lagi aktif dalam bidang lakonan. Intan lebih banyak menumpukan perhatian untuk membesarkan anak-anak serta menguruskan rumahtangganya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG harrisalif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti5 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

