Artis / Selebriti
” Evie rileks je, mummy pulak nangis macam mummy yang kena pergi sekolah, haha.. ” – Komen Netizen

Video Intan Ladyana tidak dapat menahan sebak ketika menghantar anak sulungnya, Evie Khadeeja ke sekolah tadika pada hari pertama. Alahai, ini memang sindrom mak-mak bila anak baru masuk sekolah, rasa macam sayu sangat. Tapi Evie steady je, hehe..
Meninjau di akaun Instagram milik Harris Alif, telah dikongsikan video yang memaparkan isterinya, pelakon Intan Ladyana tidak dapat menahan sebak ketika menghantar anak sulung mereka, Evie Khadeeja pada hari pertama masuk sekolah tadika. Menerusi video, Intan dilihat mengalirkan air mata kerana terpaksa berpisah seketika dengan Evie.
Ketika Intan sedang menangis, Intan tersedar Harris telah merakam videonya dan sempat Intan ketawa. Selain itu, Harris juga merakamkan keadaan Evie yang sedang duduk di seat belakang. Manakala di ruangan kapsyen, pula Harris berseloroh dengan menulis ‘ drama di pagi hari ‘, hari pertama Evie ke sekolah.
Di akaun TikTok, Harris turut memuatnaik video ‘episod’ seterusnya yang memaparkan Intan mengambil Evie di sekolah. Kelihatan menerusi video itu, Intan sedang mendukung Evie masuk ke dalam kereta. Perkongsian video-video ini telah menarik perhaitan warganet.
Ada yang mengatakan sudah menjadi lumrah seorang ibu akan menangis apabila menghantar anak pertamanya ke sekolah pada hari pertama. Ini kerana bagi mereka, anak mereka sudah membesar dengan cepat. Sehingga kini, video Intan menangis itu telah menerima ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah :
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@yaraaa.co #intanladyana #harrisalif #viralvideo #fyp #foryoupage #foryoupage #artismalaysia #fakesituation
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Bapak2 memang kan, sukaa tau record mak2 waktu2 bergenang nih yih hahhaha.. Evie rileks je, mummy pulak nangis macam mummy yang kena pergi sekolah, haha.. “
” Daddy ap tau , tulah perasaan mumy klu nk brpisah firstime dgn anak.. Hahahaha same like me, cuma ibu2 jer tau rasanyee.. Like baru melahirkan kemarin, dh sekolah.. “
” Anak berkata dlm hati…. Haruskah I pun nengesssss nih.. Tuan badan relax je, mommy nya yang sedih.. Hahahaha comel tengok Intan nangis.. “
” Mmg lumrah mak2.. Saya yg ank ramai nie pun setiap kali anta anak blik asrama pun akan ada drama air mata.. Dah macam satu kewajiban menangis tu, hihi.. “
” Wehh comel tengok.. Si Evie cool je duduk belakang tu.. Mummy yg duduk depan ni tengah melayan sedih nk pisah dengan anak pergi school, hehe.. “
” Husband sy relax2 je dia ckp anak pg school kan..tp bila anak convo end year tu dia meleleh air mata.. Baru dia tahu apa perasaan saya dlu2.. “
” Anak pertama mesti lain rasanya tau.. Hehe yelah pertama kali kan.. Nakal lah Harris, sempat lagi rekod Intan tengah menangis, haha.. “
Sempat lagi Harris menyakat Intan. Turut tertera pada video itu ‘nantikan episod ke 2 akan datang’. Untuk rekod, Intan dan Harris mendirikan rumah tangga pada tahun 2021. Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata, Evie Khadeeja dan Harris Umayr.
Silakan SHARE..
Sumber : IG harrisalif, TikTok harrisalif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Berkaca-kaca mata Rina. Ending tu aku tak expect, aku pulak menangis teresak-esak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” InshaAllah, nanti Allah gantikan yang lain. Belum rezeki dia untuk bersama kita.. ” – Ibu Shuib
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wah Lisa, bukan main. Dia mesti ingat tak ada orang perhatikan dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tahniah Elisya. Uniknya nama baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui lirik Dijah, terbahak aku ketawa. Mak siapa lah Dijah sebut tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral4 days ago
” Sedih dan pilu sangat-sangat. Air mata aku berderai-derai tengok mak dia peluk bantal arwah tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Eja lain, bunyi lain. Rina ikut dialog Pendekar Bujang Lapok ke ni, lucu haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saat di dunia Mummy jaga anak-anak ibu, saat kamu di syurga ada Ibu yang menjaga anak Mummy.. ” – Watie Hanifiah