Artis / Selebriti
” Time ni, dengan aku sekali teriak. Sedih dan terharu.. ” – Komen Netizen
Video moment ketika pasangan mempelai, Erra Fazira dan Ezwan Zain salam restu bersama kedua ibu bapa mereka buat ramai tersentuh. Sebak tengok semua menangis sambil berpelukan. Touching sangat..
Selesai sahaja ijab dan qabul, pasangan pengantin baru, Erra Fazira dan pasangannya, Ezwan Zain bergerak menuju ke tempat duduk kedua ibu bapa mereka untuk bersalaman dan memohon restu. Suasana ketika moment ini berlangsung menyentuh hati warganet yang menontonnya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram tv3_nona dan Tiktok el_han_vtt, telah dikongsikan suasana sebak yang menyelubungi pasangan pengantin. Ezwan bersalaman bersama ibunya dan berbisik sesama mereka sambil air mata berlinangan jatuh di pipi.
Warganet turut memuji cara Ezwan melayani ibunya dan kata orang, sebaik mana seorang lelaki menyantuni ibunya, pasti akan dilayan isterinya juga dengan baik. Ayah Ezwan juga tidak dapat menahan sebak ketika berpelukan bersama Ezwan.

Tidak terhenti di situ, kesedihan semakin dirasai ketika Erra bersalaman dan berpelukan bersama ibu dan ayah Ezwan. Pesanan juga diberikan kepada menantu mereka ini agar rumahtangga yang dibina aman sentosa. Air mata kegembiraan mengiringi salam restu daripada kedua-dua ibu bapa pengantin.
Jom tonton video di bawah :
@el_han_vtt Auto sebak part nii🥹 #errafazirakahwin #erra #errakahwin
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ya Allah aku nampak erra dapat keluarga yang baik lepas ni.. sebak. keluarga semua sayang.. setelah hujan berhenti muncullah pelangi yg indah.moga Erra dan mr e bahagia hingga ke jannah.. “
” Aku sedih sbb ibubapa masing2 tahu betapa kedua2 anak mereka mnjalani brbagai cabaran hidup dan teramat gembira bila mereka mncapai kebahagiaan dgn pasangan yg sebenarnya.. “
” Nape air mata tak boleh berenti ni… aku yang kawen ke erra yang kawen.. Berderai tengok Erra dengan ayah Ezwan.. ikhlasnya menerima Erra seadanya.. “
” Kenapa aku pulak yang menangis.. bagus sangat., dua-dua sangat hormat orang tua.. ayah Ezwan sedih, vibe macam ayah Mira.. Semoga berkekalan sampai ke syurga.. “
” Kenapa sya melihat semua ni jadi menangis. sebakk weiiii tp saya pulak tumpang bahagia sgt tgok artis pujaan ku dah pun slmt diijab kabulkn.. “
” Anak lelaki yg baik melayan ibu dan anak prmpn dngn baik.sy doakan kebahagiaan Erra dan suami berserta anak-anak.. “
” Time ni, dengan aku aku sekali teriak.. sedih dan terharu.. Seorg ibu sentiasa bimbangkan anaknya.. walau berapa pun umur mereka..panjang pesan ibu Mr.E… insyaallah kekal selamanya.. amin.. “
Betapa ikhlasnya kedua keluarga menerima pasangan mempelai seadanya. Panjang pesanan ayah dan ibu Ezwan kepada anak dan menantu mereka itu. Semoga rumahtangga Erra dan Ezwan sentiasa dalam rahmat Allah dan diberkati dalam setiap langkah mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG tv3_nona, Tiktok el_han_vtt
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

