Artis / Selebriti
” Tiap kali saya live memang ada orang tanya Awie mana.. ” – Erra Fazira

Seringkali ditanya tentang Dato’ Awie ketika live, respon Erra Fazira buat ramai terhibur. Padu betul jawapan Erra. Kalau tak faham lagi tak tahu lah ye. Ada yang berani tanya lagi tak, haha..
Nama primadona Erra Fazira memang sinonim dengan pasangan filemnya, Dato’ Awie. Sekali pun sudah berpuluh tahun berlalu, nama pasangan ini seakan tidak dapat dipisahkan. Di mana ada Erra, pasti kelibat Awie akan dicari oleh peminat setia mereka.
Meninjau entry di akaun Tiktok Errafazira530, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Erra sedang membuat live. Erra membaca komen-komen daripada viewers dan ada yang bertanyakan di mana Awie. Kata Erra, kerapkali soalan ini ditanyakan kepada dirinya.
Jawapan Erra mencuit hati warganet, santai sahaja jawapan dan boleh membuatkan sesiapa mendengarnya ketawa. Kata Erra, dia bukan isteri Awie, malah tunang pun sudah putus. Boleh tahan kelakar si cantik jelitawan ini. Yang berada bersama Erra di situ juga kedengaran suaranya ketawa mendengar jawapan Erra.
Sepertimana yang semua sedia maklum, Erra dan Awie kini bersahabat baik dan pernah muncul dalam konsert Awie bersama. Hal yang sudah berlalu telah pun mereka lupakan kerana pada waktu ini, masing-masing sudah ada kehidupan tersendiri dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@errafazira530 Harap faham😂 #errafazira #awiewing #fyp #foryou #foryoupage #fypp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tuan punya badan dah lama move on, peminat yang tak move on lagi apahal.. peminat pun semua dah tua haha.. “
” Erra memang sporting, saya lebih suka tengok Awie dan Erra buat parodi kawan yang baik.. masing masing dah bahagia dengan kehidupan sekarang.. “
” Kelakar lah Erra ni, jawapan dia tu memang tak jangka haha.. bila tengok kak erra, sangat menggamit kenangan filem2 dolu2.. mcm xleh dipisahkan nama erra n awie.. “
” The vibes still there, keep it going.. peminat teringat nostalgia Erra Dan Awie.. dulu kan same² kayuh basikal same awie,mase balik sekolah tu.. “
” Sinonim Erra dan Awie ni. maseh tak dapat move on budak 80an 90an. sebab kami mengharap impian tu terjadi.. “
” Lucu lah Erra ni, santai je jawapan dia.. Selamber je Erra jawab.. dengar banyak kali jawapan Erra ni.. “
” Lawak lah Erra ni. Sape gelak kat blakang tu?Buat aku gelak sma.. aura erra awie mcm kajol & syah rukh khan gitu.. “
Erra seorang yang tidak cepat melatah dan tahu menjaga hati peminat. Jawapan yang padu daripada Erra untuk semua yang bertanyakan mengenai Awie. Apa-apa pun semoga Erra dan Awie terus bersahabat baik sampai bila-bila. Jangan ditanya lagi yer pada Erra di manakah Awie, jawapan sudah jelas dan nyata.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Erra Fazira530, IG Awie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Viral7 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti14 hours ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Thank you Maryam and mummy Maryam belikan hadiah kat baby.. ” – Fizo Omar