” That why people said, Bella Astillah selalu di belakang, di sisi dan di hadapan Aliff.. ” – Netizen

Kongsi Gambar Throwback Bersama Suami Dan Anaknya, Kapsyen Bella Astillah Buat Aliff Aziz Raih Perhatian Peminat. Terus Kuat Bella !!

Meninjau akaun Instagram Bella Astillah, telah dikongsikan sekeping gambar throwback Bella bersama Aliff Aziz dan Ayden Adrean yang diambil tahun lalu. Kaspyen Bella yang ditujukan khas buat Aliff dengan harapan agar Aliff terus kuat.

Menurut laporan Berita Harian, Aliff Aziz telahpun dijat0hkan hukuman penjara selama 2 minggu dan denda sebanyak RM1518 atas beberapa kesalahan yang dilakukan tahun lalu. Aliff yang mengaku bersalah atas kesalahan mencur1 dan berkelakuan kurang sopan di tempat awam.

Untuk pengetahuan, Bella dan Aliff sudah lama tidak bertemu sejak PKP dikuatkuasa pada bulan Mac lalu dan Bella juga bersalin anak keduanya Ara Adreanna tanpa Aliff menemani di sisi. Kisah rumahtangga Bella sememangnya sering menjadi perhatian namun Bella masih tetap setia di waktu susah mahupun senang bersama suami tercinta.

Kapsyen Bella ini adalah yang posting pertama yang dimuatnaik Bella setelah Aliff dikenakan hukuman tersebut. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Lagi-lagi ayat Bella yang menyebut Ara juga tidak sabar untuk berjumpa daddy, buat seb4k sesiapa yang membacanya walaupun ayatnya simple tetapi penuh dengan makna yang tersirat.

Jom baca perkongsian di bawah :

Luahan Bella ini mendapat perhatian peminat dan ramai yang memuji sikap Bella terhadap suaminya ini. Antara komen-komen peminat :

” That why people said, Bella Astillah selalu dibelakang disisi dan dihadapan Aliff.. “

” Cinta sejati, he is lucky to have you and the kids.. “

” InsyaAllah semua kesabaran bella Allah akan ganti dengan nikmat kebahagiaan yang berlipat kali ganda.. “

” True love…. love your positive vibes.. Ketabahan awak menjadi inspirasi. Semoga dipermudahkan semua nya Bella. Ur strong women.. “

” Yg paling patient n strong its u bella. daddy please takecare and protect your family n kids no matter what after this ok.. “

” I adore you. Saya doakan kebahagian you dan Aliff … aamiin.. “

” Suka sgt dengan bella… Sentiasa ada di belakang husb walau apa jua rintangan yg bella & alif lalui… Semoga bella trus kuat, tabah untuk harungi dugaan yg dtg.. “

Orang selalu berkata isteri adalah tulang belakang seorang suami. Bella membuktikan dia kekal kuat dan masih menjadi pendokong Aliff disaat sukar. Apa pun, semoga Bella dan Aliff akan kembali bersama seperti sebuah keluarga setelah Aliff selesai menjalani hukumannya. Semoga kebahagiaan milik Bella selamanya. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Bella Astillah 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..