Artis / Selebriti
” Teringatlah drama Dunia Baru dulu Madihah nak register masuk Unisel.. ” – Komen Netizen
Video Datin Anne Ngasri Menghantar Anaknya, Abdul Warits Memasuki Universiti Raih Perhatian Ramai. Wah Dah Besar Anak Anne, Handsome Orangnya. Mak Juga Maintain Muda, Macam Hantar Adik Je Masuk U !!
Meninjau ke akaun Instagram Datin Anne Ngasri, perkongsian sebuah video yang memaparkan Anne menghantar anak sulungnya memasuki universiti telah meraih perhatian ramai. Abdul Warits Abdul Wafi berjaya menyambung pelajarannya ke peringkat lebih tinggi.
Walaupun Anne tidak menyatakan nama universiti yang dimasuki oleh Warits dan juga bidang pengajiannya, namun apabila seseorang berjaya menyambung pelajarannya ia merupakan satu yang dibanggakan. Warits juga mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan SPM yang lalu.
Di ruangan kapsyen, Anne memanjat rasa syukur ke hadrat Illahi atas kejayaan yang diperolehi oleh anaknya. Anne juga turut berdoa agar anaknya menjadi sorang anak yang soleh dan berjaya. Sebagai seorang ibu, pastinya berasa sangat bangga.

Perkongsian video ini telah menerima lebih tiga ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Turut bersama menghantar Warits ketika pendaftarannya ialah bapa tirinya, Datuk Mohd Sumali serta adik beradik Warits yang lain.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen apabila melihat perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan ;
” Mak ai datin maintain body.. anak ramai huhu.. sy supo tong dram dah. I can feel this.. sedihh dlm keta balik xbenti nangis.. sampai kene maroh ngan toklaki .. “
” Kita sebaya…tp anak Datin dh masuk Uni. Mak2 mmg gitu ek.. saje buat2 kemas itu ini bg lama sket boleh dok situ… huhuhu .. “
” Alhamdulillah selesai dah abg. Semoga mjd cth terbaik adik2.. Alhamdulillah Tahniah buat anak,ibu dan klrga.Semoga sentiasa dalam perlindungan Allah SWT.Aamiin.. “
” Wah Datin.. sama lah anak akk.. kebetulan ek posting lagu pun sama Semuga terus sukses buat anak n u too mummy gojes .. “
” MasyaAllah Warits.. Tahniah mu.. semoga Allah mudahkan perjalanan hidup anak2 mu dunia akhirat ameen .. Auach macam kakak dan adik.. “
” Tahniah family n anak nye …alhamdulillah…kita dulu pun merasa lh juga anto…tu lh sorg …yg 2 sblom sampai STP je…tapi tu lh x rezeki… “
” Teringat la drama dunia baru dulu madihah nk register unisel file borang dia tertinggal sekarang madie hantar anak masuk study pula memori sungguh .. “
Terasa begitu pantas masa berlalu, rasanya baru sahaja melihat Anne menghantar Warit memasuki sekolah berasrama, kini Warit sudah memasuki universiti pula. Semoga Warit berjaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Anne Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq

