Artis / Selebriti
” Macam tu je Afwa buli ibu. 1st time dengar Tokti jerit dekat anak, haha.. ” – Komen Netizen
Video Afwa Mengusik Dato’ Siti Nurhaliza Ketika Sedang Live Buat Warganet Terhibur. Amboi Afwa, Tak Berhenti Dia Menyakat Ibu, Siap Ajuk Ibu Cakap Lagi. Sampai Ibu Pun Tak Boleh Tahan, Terus Jerit Nama Afwa, Haha !!
Anak kedua penyanyi kesayangan ramai, Dato’ Sri Siti Nurhaliza iaitu Muhammad Afwa antara yang sering menjadi perhatian warganet. Afwa yang sudah pun berusia 3 tahun ini semakin petah bercakap dan ada sahaja ayatnya yang mencuit hati warganet, antaranya ‘ ibu tak sayang afwa’.
Meninjau perkongsian di akaun Tiktok Siti Nurhaliza Fantastic, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti sedang membuat live mempromosikan produknya. Seperti biasa, Afwa pasti akan bermain berhampiran dengan DS Siti kerana tidak boleh berenggang dengan ibu tersayang.
Jika sebelum ini, DS Siti yang menyakat Afwa, kali ini giliran Afwa pula mengusik DS Siti. Beberapa kali juga DS Siti terhenti bercakap gara-gara usikan Afwa. Pada awalnya Afwa mengajuk ayat DS Siti menyebut ‘ terbaik ‘ sambil ketawa. Telatah Afwa itu membuatkan DS Siti tergelak sama.

Berkali-kali DS Siti meminta Afwa supaya tidak mengganggu ibu tetapi tidak diendahkan oleh Afwa. Kata DS Siti, ketika sedang live lah Afwa membuat kelakarnya. Gelagat Afwa itu menggeletek hati warganet. Sampai menjerit DS Siti memanggil nama Afwa kerana non-stop Afwa menyakatnya.
Jom tonton video di bawah :
@sitinurhalizafantastic Afwa Suka Ye Sakat Ibu DS @Siti Nurhaliza 😂 Comel Sangatttt ❤️ #tiktok #fyp #trending #trendingtiktok #sitinurhaliza #trendingvideo #trendingviralvideo #trendingsong #live #love #like #superstar
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku ulang bnyk kali part tokti jerit “ afwa” haha. tulah suka sgt nyakat afwa sblm nie n akhirnya afwa balas dendam.. “
” Macam tu je Afwa buli ibu dia.. Afwa je mampu buli ibu.. afwa ni pandai betul mengusik ibu. 1st time dengar tokti jerit dekat anak.. tu pun merdu.. “
” Haha comellah afwa. kejap je dah besar dah pandai cakap. lagi pandai nyakat ibu dia.. afwa obses dengan ibu.. “
” Hujung tu afwa “Aawww ” mesti kena cubit pipi, gebu sangat.. betullah org kata perangai ank no.2 ni lain mcm. boleh darah tinggi kita dibuatnya.. “
” Afwa buli ibu, lagi sekali lagi sekali haha.. Kelakar dak afwa ni rupanya.. betul betul perangai anak no 2.. “
” Dia mengajuk ibu dia haha.. geram je dengar.. tokti pun dah gelak angin tu haha.. awak betul-betul DNA anak no 2 Afwa.. “
” Part paling cute, ibu lagi kali haha.. sakan afwa kenakan ibu.. part afwa panggil ibu cute betull.. tak jadi ibu nak marah, geram dengan anak sendiri.. “

Tidak hanya DS Siti yang geram dengan perangai Afwa, warganet yang menonton turut ikut geram mendengar suara Afwa menyakat ibunya itu. Semakin besar semakin terserlah kenakalan Afwa. Simptom anak nombor 2 memang begitu, penghibur hati ibu dalam masa yang sama boleh buat ibu naik angin, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Siti Nurhaliza Fantastic
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

