Artis / Selebriti
” Terbaik Seth, kalah dah Papa. Seth punya slang tagalog tu bunyi sedap je.. ” – Komen Netizen
Shila Amzah Kongsi Video Anaknya, Seth Uwais Menyanyi Lagu Tagalog Buat Warganet Terhibur. Wah Pandai Lah Seth Nyanyi Bahasa Filipina. Bukan Main Pekat Lagi Sebutan Tu, Comel Sungguh Suara Seth Nyanyi !!
Anak Shila Amzah, Seth Uwais pernah menghadapi masalah speech delay sebelum ini, namun keadaannya semakin hari semakin baik dan banyak perkembangan positif yang ditunjukkan oleh Seth. Kehadiran Ubai yang rajin melayani Seth juga banyak membantu percakapan Seth.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Shila Amzah, telah dikongsikan satu video terbaru yang memaparkan Seth menyanyi. Sebelum ini Seth pernah menunjukkan bakatnya menyanyikan lagu raya kumpulan Defam berjudul Alamak Raya Lagi dengan nyanyiannya yang tersendiri.
Kali ini lagu bahasa Filipina dalam bahasa Tagalog pula yang menjadi siulan Seth. Shila yang merakam telatah Seth itu terhibur dan bertanyakan kepada Seth tajuk lagu yang dinyanyikan itu. Gembira Shila melihat Seth yang semakin pandai dan petah bercakap seperti ini.

Pada ruangan kapsyennya pula, Shila berseloroh mengatakan baby Rhea Akira lambat lagi hendak besar dan Seth bosan tiada kawan untuk bermain. Dek kerana kebosanan itu, Seth belajar bahasa Filipina. Bagus Seth, bukan hanya lagu bahasa Melayu, bahasa asing pun Seth pandai menyanyi juga.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Shila ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pangarap ko ang ibingin ka or Akin ka na lang? Teringin nk Kasha cover lagu Tagalog satu.. pangarap ko ang ibingin ka by Regine Velasquez.. Selamat berpantang Kasha.. ”
” Terbaik, Seth. Kalah dh Papa. You have your Mama’s singing talent. Sha blh le cipta lagu utk Seth nyanyi…. Msti Kaaboooom pnya.. ”
” Slmt brpantang, Sha. Take good care of yourself. May Allah Bless you & your beloved, little family forever. May you & your little family live happily till Jannah… Aamiin.. ”
” Kak shila comelnya seth nyanyi.. pandai nyanyi yer.. sounds good ur pinoy slang hehe.. acik pun baru niat nak belajar lagu ni awk dah tapau dlu ye seth.. ”
” Anak kita pun suka nyanyi lagu ni.. bijak seth ni, geramlah budak cerdik ni. Kena panggil alam wakaka menari ni.. ”
” Lagu English lah. Trouble is a friend. Tak fahamlah seth tagalog hehe.. handsome boy ni bijak betul.. ”
” Woww r u filipino seth ? Seth punya slang tagalog tu bunyi sedap je.. Hahah lagu selos.. Dia order burger mayonis lebih ke tu hehe.. ”
Bagus Seth, ada minat untuk belajar bahasa asing. Selepas ini Seth bolehlah belajar bahasa Mandarin supaya mampu bercakap dengan fasih seperti mommy. Shila juga bukan calang-calang kerana banyak bahasa yang boleh dituturkan olehnya dengan baik.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Shila Amzah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak tahu pulak sejak divorce a mother with joint custody kena post.. ” – Azrene Ahmad
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ada perkara yang kita tidak boleh jangka kan, jadi saya.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Comelnya, macam kartun Shin Chan. Geram, macam Jepun look Akira.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Semuanya dia tahu, pandainya dia. Tengok pumpkin terus sebut halloween, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Susah tengok Yusry pegang perempuan. Bila tengok dia pegang bini dia, aku rasa macam sangat rare ye.. ” – Komen Netizen

