Connect with us

Artis / Selebriti

” Terbaik penjelasan daripada Puan, ini dikatakan rezeki tak salah alamat.. ” – Netizen

Terima Komen Negatif Mengenai Hadiah Pakej Umrah Yang Dimenangi Oleh Bell Ngasri, Pengasas Fellera Skin Iaitu Syarifah Khyra Yang Merupakan Penaja Utama ABPBH35 Tampil Beri Penjelasan. Harap Selepas Ini Tak Ada Isu Berbangkit Lagi !!

Menepati ramalan, pelakon dan pelawak, Bell Ngasri telah diumumkan sebagai pemenang Anugerah Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH 35 (ABPBH35). Bell memenangi hadiah berupa trofi serta pakej menunaikan umrah dari penaja iaitu Felleraskin.

Namun ramai yang tidak puas hati kerana Bell hanya menerima pakej menunaikan Umrah dan tidak seperti pemenang-pemenang sebelum ini yang menerima hadiah kereta dan wang ringgit. Menerusi akaun Tiktok milik individu Syarifah Khyra, pengasas Felleraskin iaitu penaja utama ABPBH35 telah memberikan penjelasan berkaitan isu tular tentang hadiah yang diterima oleh Bell.

Puan Khyra pada awalnya memberitahu pihak TV3 dan Berita Harian hanya menyediakan trofi sebagai penghargaan buat pemenang-pemenang. Manakala pihaknya pula hanya mengeluarkan satu kos untuk menaja keseluruhan program tersebut. Namun Puan Khyra telah membuat penambahan untuk memberikan hadiah pakej umrah kepada Bell.

Menurut Puan Khyra, meskipun malam tersebut Bell tidak menang, Puan Khyra dan suami tetap akan memberikan hadiah pakej umrah kepada Bell bagi menghargai bakat Bell. Kata Puan Khyra lagi, pakej umrah yang diterima oleh Bell ini bukan lah biasa dan Bell akan menerima layanan yang istimewa dan tidak dapat dibandingkan dengan nilai hadiah sebuah kereta mahupun wang ringgit.

Tonton video di bawah ini :

 

@callmekhyra

Penjelasan Berkenaan Hadiah Yang Diterima Oleh Bintang Paling Popular Berita Harian 2023, Bell Ngasri. 😘 #share #jellyajaibviral #bellrossaadvances #foryoupage #fypシ #isuviral #abpbh35felleraskin #bellngasri #abpbh35

♬ original sound – syarifahkhyra – syarifahkhyra

Di ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata positif dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan oleh Khyra. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Terbaik penjelasan daripada Puan, ini dikatakan rezeki tak salah alamat.. Bagi saya hadiah pakej umrah tu memang sangat bermakna jika dibanding dgn hadiah kereta mahupun wang.. “

” Walaupun sya non muslim, tapi pada pendapat saya kan.. Hadiah umrah ni sangat2 bernilai, saham akhirat tu bak kata orang.. “

” Tq bagi sponsor Bell umrah.. Hadiah lagi besar sebenarnya.. Bukan senang nk dapat seru n rezeki Allah nak jemput g umrah… “

” Betul tu, selalu kereta memang syrikat kereta yang taja.. Penaja keluar duit untuk promote produk dia je. BH yang patut kena cari penaja kereta.. Mungkin tahun ni takde sape nak taja.. “

”  Bukan senang tau nak gi umrah.. Orang banyak duit pun tak semestinya dapat panggilan jadi tetamu Allah dengan mudah.. Terselit hikmah kt situ asbab dapat pergi umrah.. “

” Umrah pun hadiah terindah… Pelik juga lah ada yang nk salahkan penaja.. Patutnya penganjurlah.. First time rasa suka cara founder bercakap, macam pembaca berita.. “

” Netizen yang lebih2 sebenarnya, Alhamdulillah rezeki Bell.. Terima kasih tambah hadiah umrah untuk Bell.. Tahniah founder.. “

Bukan itu sahaja, Puan Khyra dan suami akan menambah hadiah istimewa kepada Bell sebagai satu penghargaannya selama 37 tahun Bell berkecimpung di dalam industri seni pada satu majlis makan malam yang akan diadakan pada bulan Ogos nanti untuk meraikan semua pemenang termasuklah tenaga kerja yang telah menjayakan ABPBH35.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok @callmekhyra, IG bellngasriofficial

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT