Artis / Selebriti
” Tersedak aku ketawa tau, bukan ‘rela dipuji’ , ‘rela dipujuk’ lah Roy oiii.. ” – Netizen
Video Roy Azman Menyanyi Lagu Relaku Pujuk Buat Ramai Terhibur. Gaya Dan Suara Tu Dah Power, Tapi Sekali Tak Ingat Lirik, Terus Jem Jadinya, Kelakar Betul Roy Ni, Haha !!
Suatu ketika dahulu, pelakon Roy Azman dikenali kerana wajah tampan dan lagak garangnya. Namun setelah meningkat usia, Roy disukai kerana suka membuat kelakar dan cara Roy gelak juga melucukan sehingga menjadi trademark Roy.
Meninjau di akaun Instagram, Roy telah berkongsi satu video terbarunya. Menerusi video itu, Roy sedang menyanyi lagu ‘Relaku Pujuk’ nyanyian asal daripada kumpulan Spider. Rakaman video ini sebenarnya diambil secara diam-diam oleh seseorang tanpa pengetahuan Roy.
Namun apa yang mencuit hati adalah ketika Roy terlupa lirik. Bukan itu sahaja, ada lirik yang diulangi oleh Roy berkali-kali sehingga rakan Roy yang berada di hadapan yang sedang merakam video nyanyiannya itu juga turut ketawa.

Selain itu, akaun Instagram radio Sinar turut berkongsi video ini dan ianya telah mengundang tawa warganet. Ada yang mengatakan meskipun ianya kelakar, namun suara Roy kedengaran agak merdu. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terhibur menonton video nyanyian Roy ini. Antara komen-komen warganet yang menarik adalah :
” Tersedak aku ketawa tau, bukan ‘rela dipuji’ , ‘rela dipujuk’ lah Roy oiii.. Level confident tu memang kayangan ye, hahhaa.. “
” Biasa la, cd cetak rompak, calar skit cmtu la jdnya, hahaha melawak je Abg Roy.. Tapi sedap juga suara Abg Roy nyanyi.. “
” Tak tahu lah mcm mana org belakang kamera tu boleh tahan ketawa. Kalau saya, tak tertekan record pun…. Dah berlinang air mata tahan ketawa, haahaha.. “
” Hahaha tengah syok Roy nyanyi, korang kacau lah.. Bak kata Roy, ‘mangkuk kedaung betullah’ hahaha.. Enjoy dengar Roy nyanyi.. “
” Nasib suara abam boleh go, at lesat sedaplar jgk telinga ni walau lirik hancus bang.. Hahahaha memang suka dipuji eak? “
” Baru nk tido weii… Bedekah² aku haahahahaha.. Hlg ngntok aku.. Adoihai.. Kena bawa p berubat kampung ni bang.. “
” Level konfiden luar kawalan ni hahahaha.. Lepas ni tolong lah letak kertas lirik kat sebelah camera ye, agar tidak lagi terjadi seperti ini, hahahaha.. “
Kalau tak kelakar memang bukan Roy lah, boleh pula lupa lirik ye. Namun betul lah apa yang dikata oleh warganet, Roy sebenarnya boleh menyanyi, suara Roy boleh dikatakan merdu juga. Apa-apa pun semoga Roy terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG thisisroyazman, sinar_my
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga6 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti4 days ago” Pergh dah dapat tone suara mak dia. Pejam mata weh, meremang. Aura Sarah kuat.. ” – Komen Netizen

