Connect with us

Artis / Selebriti

” Terbaik Marsha menyantuni Hasnia. Pandai cakap utara, kelasss hang.. ” – Netizen

Marsha Milan Kongsi Video Menyuap Ibu Saudaranya, Hasnia Makan Raih Perhatian. Amboi Manjanya Hasnia, Part Hasnia Tiup Perut Marsha Doakan Untuknya Alahai Sweet Sangat !!

Meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah bersama yang tersayang di hujung minggu sangat penting kepada keluarga. Tidak terkecuali dengan selebriti Malaysia, Marsha yang dilihat sangat mementingkan hubungan silaturrahim antara keluarga.

Terbaru, meninjau di ruangan Instagramnya, Marsha telah berkongsi satu video panjang bersama Hasnia. Untuk info, Hasnia merupakan ibu saudara suaminya, Shaiful Nizam. Mereka berdua seringkali dilihat bersama dalam satu video. Hubungan mereka rapat dan Hasnia sangat manja ketika bersama Marsha.

Dalam paparan video itu, Hasnia dan Marsha sedang duduk di ruang makan rumahnya. Apa yang menarik perhatian aksi manja Hasnia yang tidak mahu makan sendiri malah hanya mahukan Marsha yang menyuapkan makanan untuknya. Alahai, manjanya Hasnia dengan Marsha.

Hasnia juga berdoa dengan bahasanya yang tersendiri. Jika dilihat pada minit ke 13, cara Hasnia berdoa untuk Marsha ketika dipinta kelihatan sangat cute. Pandai Hasnia mengikut kata-kata yang diajar oleh Marsha, part tiup ke perut Marsha alahai sweet sangat gayanya.

Jom ikuti perkongsian video di bawah :

Video Marsha ini telah meraih banyak untuk tontonan dan tanda suka. Ramai yang suka melihat bonding Marsha bersama Hasnia. Malah, mereka juga teruja mendengar Marsha berbicara dalam loghat utara. Antara komen-komen yang dit1nggalkan :

” Pandai sangat dah Marsha cakap loghat utara.. Pandai dah cakap utagha.. terbaik marsha menyantuni kak hasnia.. Fuh.. “

” Suka tgk Masha layan Nia.. Alhamdullilah murah rezeki Masha.. paling best tu seronok dengaq hgpa cakap utagha.. “

” Awat nasik tu nampak syurrrr sedap sangat terlioq aihh.. Memang sedap pun kalau orang suapkn.. tangan kanan.. “

” Cheq lupa hang asal negeri mana marsha oii.. pekat aihh.. Shaa mkn sekali laaa.. love hasnia.. dia sayang hang.. “

” Terbaik masha ni… Campin suda marsha ckp utara.. Wow accent utagha Marsha hebat.. Awt suap tgn kiri.. nnti ubah naaa.. Marsha dah terror cakap penang nah.. “

” Bagus betol masha ni.. Suka tgok masha layan nia.. Suka sgt2 tengok bonding marsha & hasnia.. Send my regards to her.. “

” Pandai ckp utara kelasss hang.. suka tgk marsha mmg cantik dan baik.. Alhamdulillah.. Rindunya kat lgu Jujur bilang cinta… Version Randy pun best gakk.. “

” Marsh’s.. You are so so sooooo good & beautiful sil.. Ya Allah rindunye kat cik am.. sama la mcm ni mkn nk suap.. mndi nk mndikn.. “

Kemesaraan hubungan Hasnia bersama Marsha memang tidak dapat dinafikan. Mereka kelihatan sangat serasi dan Hasnia juga selesa bersama Marsha. Kami di Berita Kopak mendoakan semoga Marsha dan Hasnia sentiasa dikurniakan kebahagiaan selalu dunia akhirat.

Silakan SHARE..

Sumber : IG marshamilan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT