Artis / Selebriti
” Tanda-tanda husnul khotimah. Meremang bulu roma dengar Allahu.. ” – Komen Netizen
Video Ina Naim Berkongsi Cerita Mimpi Arwah Suhaimi Saad Beberapa Minggu Sebelum Pemergiannya. Subhanallah, Indah Sungguh Mimpi SS. Hanya Orang Yang Terpilih Boleh Mendapat Petanda Macam Ni !!
Bekas ahli kumpulan Inteam, arwah Suhaimi Saad sudah berbulan-bulan meninggalkan semua, namun kebaikannya masih menjadi perbualan ramai. Ramai mula menyedari kebaikan dan ketelusan Suhaimi setelah arwah tiada. Yang mana dahulunya memandang serong terhadap Suhaimi mula merindui celoteh dan bebelan Suhaimi.
Meninjau akaun Tiktok Itsmefadz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ina Naim sedang live di Tiktok. Banyak persoalan yang ditanyakan oleh warganet ketika live itu sedang berlangsung. Kebanyakan soalan warganet berkaitan dengan Suhaimi. Salah satunya yang dijawab oleh Ina adalah petanda sebelum Suhaimi pergi.
Kata Ina, 3 minggu sebelum Suhaimi pergi, Suhaimi ada bermimpi bertemu 2 orang wanita iaitu arwah Siti Sarah dan arwah Sharifah Aini. Kedua-duanya memanggil-manggil Suhaimi di sebuah taman yang sangat cantik. Tidak terhenti di situ, minggu seterusnya juga Suhaimi mengalami mimpi yang lebih pelik.
Suhaimi memberitahu Ina, dia bermimpi sedang duduk di atas seekor kuda putih dan dibawa terbang tinggi. Ramai yang tersentuh dengan cerita Ina ni dan segelintirnya menyifatkan itu petanda kematian yang husnul khatimah iaitu kemat1an dan penyudah kehidupan seseorang dalam keadaan terbaik dan reda Allah, Insha Allah.
Jom tonton video di bawah:
@_itsmefadz_ Petanda mimpi pada arwah suhaimi saad #inanaim #suhaimisaad #alfatihah #khusnulkhotimah
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Allah.. mimpi arwah Siti Sarah dgn arwah syarifah aini.. X Salah bercerita .. mgkin dgn cerita dpt membuka hati Kita utk lbh dktkn diri dgn Allah… ikut segala kebaikan yg dtggalkn oleh arwah.. ”
” Saya puji sikap ss seperti bersedia utk meninggalkan dunia ini.. redho dan relax klu saya takut kerana bekalan tak cukup .. ampunkan dosa aku ya Allah.. ”
” Betul la us wadi Anuar Kata ada Kuda Putih d taman syurga. blum LG msuk syurga, d tmn syurga.. subhana Allah orang baik-baik.. ”
” Live yang membuka mata hati.. tauhid SS dengan ina ni tinggi pada Allah.. Subhanallah pemergian yg di cemburui, SS insan yg sangat baik Allah bagi petunjuk syurga tempatnya.. ”
” MasyaAllah, dlu ramai hina ss, alhamdulillah pengakhiran yg baik, turn kita belum tahu hmm.. semoga pengakhiran kita juga baik. ameen.. ”
” Alhamdulillah, husnul khatimah, mimpi kekdang memberikan persediaan kita kpd Allah swt. bukan senang nk dpt.. ”
” Tanda-tanda husnul khotimah tu.. Meremang bulu roma dengar Allahu.. mati itu pasti. berbahagialah kita tahu cerita macam ni. ni juga rezeki. benda baik boleh je dikongsikan. semoga kita istiqomah dlm mndktkan diri kpd Allah. aamiin.. ”
Antara petanda ajal semakin hampir yang tidak semua orang akan dapat merasainya. Itu yang Allah berikan kepada Suhaimi. Semoga arwah Suhaimi Saad tenang di sana dan di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman soleh. Terima kasih kerana banyak memberikan ilmu yang bermanfaat.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Itsmefadz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rehearsal pun dah power. Lagu brazilian jazz ni, bukan semua orang boleh bawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kemain menari sekali dengan mimik muka dan mata ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein