Artis / Selebriti
” Takpe, confident tu penting Bang Long, haha.. ” – Komen Netizen
Video Fattah Amin cuba menyanyi lagu Amira Othman di sebuah majlis buat ramai terhibur. Alahai Abang Long, walaupun salah lirik, suara maintain tetap on. Yang penting, confident tu tinggi..
Kehadiran Fattah Amin dan isterinya, Amira Othman menjadi tumpuan utama peminat pada Sesi Meet & Greet bersama Top 10 Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-37 semalam. Pasangan ini tampil mesra dan profesional sepanjang sesi berlangsung, sekali gus memperlihatkan aura kuat mereka sebagai antara figura popular tanah air.
Meninjau di akaun TikTok milik tilljannahfa, telah dikongsikan sebuah video memaparkan Amira menyanyikan lagunya berjudul Rasa & Takdir di majlis tersebut. Ketika Amira membuat persembahan, kelihatan Fattah setia berdiri di sisinya sebagai tanda sokongan.
Namun, apa yang benar-benar mencuri perhatian adalah apabila Amira meminta Fattah menyambung nyanyiannya. Meskipun tersalah lirik, Amira tetap memberi semangat kepada suaminya itu untuk meneruskan nyanyian bersama-sama. Perkongsian tersebut membuat para peminat mereka terhibur melihat gelagat spontan pasangan itu.

Selain itu, ramai yang memuji dan menyukai cara Fattah dan Amira saling menyokong kerjaya masing-masing, sekali gus menjadikan mereka contoh pasangan yang matang dan rendah hati walaupun berada dalam industri hiburan yang penuh cabaran.
Tonton video di bawah ini :
@tilljannahfa Walaupun salah lirik, dont worry abg long suara tetap onzzz!! #fattmira #fattahamin #amiraothman #fypシ゚
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Takpe confident tu penting Banglong, haha.. Makin bahagia Fattah.. Makin kedepan dia.. Sweet couple lah dorang ni.. “
” Banyak makn kuey teow tomyam ni abg long, hahaha kunyah lirik je keja dia, hahaha.. Btw one suara Fattah mmg sedap, betul kata isterinya.. “
” Dia main hayun2 tgn pulak, adudududu sweet betul lah pasangan ni, kita tengok pun senyum juga.. Moga terus bahagia sampai syurga.. “
” Baguskn Mira… Tetap beri semangat utk Fattah…. Semoga hingga ke syurga… Aamiin… Love sgt2 korang berdua.. ‘
” Dorg ni klu ad kerja sama2 mst snyum je manjang, hehehe eiii gerammmmnya kita tengok tau.. Penuh semut atas skrin telefon kita.. “
” Masya Allah couple kesayangan bahagia selalu Aamiin.. Sedap je suara tu banglong.. Asalkan kak long ada sebelah teman hehe.. “
” Fattah klu gan Mira jadi kucing parsi, heheeeeee.. So sweett… He falls in love every time he looks at his wife. Moga Allah jaga cinta balong and kaklong sampai syurga.. “
Tidak hairanlah setiap kali kemunculan mereka sering menjadi perhatian ramai. Peminat turut berharap agar Fattah dan Amira terus kekal bahagia serta sentiasa bersama dalam apa jua situasi. Momen manis yang tular itu juga diharapkan dapat menjadi inspirasi kepada pasangan lain untuk terus menghargai dan menyokong satu sama lain.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok tilljannahfa
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti10 hours ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti5 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen

