Artis / Selebriti
” Tak tahu kenapa tengok atok suap Uwais, terbayang atok suap Sarah makan.. ” – Netizen
Video Raissuddin Menyuap Cucunya, Uwais Al-Qarni Makan Raih Perhatian Warganet. Alahai Manjanya Cucu Atok Sorang Ni. Teringat Kenangan Raissuddin Suap Arwah Siti Sarah Dulu. Kenangan Mengusik Jiwa !!
Semenjak ketiadaan arwah Siti Sarah, Uwais Al-Qarni iaitu anak sulung Sarah lebih banyak bersama ayah Sarah, Raissuddin. Ke mana sahaja Uwais pergi, atoknya ini akan selalu ada dan setia menemani demi memastikan Uwais berada dalam keadaan yang baik.
Uwais yang berwajah persis arwah ibunya ini juga kadangkala membuatkan warganet seakan melihat Sarah yang bersama Raissuddin. Malah sebelum ini juga, Uwais pernah memberitahu, orang yang paling disayanginya dan paling teratas adalah Atok.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Uwais ketika bersama atok Raissuddin. Kelihatan atok dan cucu ini sedang menjamu selera di sebuah restoran dan atok menyuap Uwais makan.
Atok memang selalu melayani Uwais sebegini. Wajah Uwais juga seperti Sarah, mungkin perasaannya pun seperti berada dengan anak sendiri. Suka warganet melihat keakraban atok dan cucu ini. Ada juga di kalangan warganet yang terimbau kenangan Raissuddin bersama Siti Sarah dulu.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nikmat dia menyuap uwais ibarat dia suap arwah masa kecik2 dulu. Semoga keluarga ini sentiasa dlm rahmatNya.. ”
” Best nya atuk suapkan.. Kasih sayang seorang atuk tidak pernah berbelah bagi.. Manja atok betul uwais ni ye.. ”
” Pengganti ibu, atok suapkan pun jadi lah.. terbaik lah semoga berpanjangan hingga ke akhir hayat.. ”
” Syg betoii atok pd uwais.. dulu kemana ibu sarah pegi atok mesti ada… skrg ganti dgn uwais kemana pon atok mesti ada.. semoga satu hari nti semua pon berkumpul di syurga.. ”
” Lihat uncle raissuddin_hamzah suap uwaisshuib ni Teringatkan saya pada Arwah Emak saya. Yg selalu suapkan makan ketika nk sekolah dulu.. ”
” Terpaling love Tengok atok nya uwais suapkan , saye ikut bangga Tengok tuan raissuddin_hamzah.. pengganti arwah sarah dalam hidup atok.. ”
” Kesayangan atok sangat uwais ni.. semoga atok raissuddin diberikan kesihatan yang baik selalu. kita sekali nganga tengok atok suap uwais tu.. ”
” Buah hati pengarang jantung atok. tak tahu kenapa bila tengok atok suap uwais, terbayang dulu tengok atok suap Sarah makan.. ”
Kasih sayang atok Raissuddin kepada Uwais yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata dan harta dunia. Uwais yang berwajah seperti ibu menjadi pengubat rindu seorang ayah terhadap anaknya yang telah pergi. Semoga Raissuddin diberikan kesihatan yang baik selalu dan umur yang panjang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Siti Sarah Raissuddin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Maaf nyanyuk betul saya tersasul, haha.. ” – Edry Abdul Halim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Hadie baru 16 tahun tapi MashaAllah matangnya dia. Bijak bercakap, walaupun kena provoke.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” 10 kali saya ulang part Kinah jatuh. Lawak betul tengok, haha.. “- Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dengar jawapan suami Ina. Jawapan orang terpelajar dan berilmu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Seriously betul-betul deep lagu ni. Sedap suara Fattah, suara penuh perasaan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dah macam nak cari gaduh pun ya, next level Joey ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Allahuakbar, sayunya hati ini. Sedih tengok anak sulung Ina menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Fattah gelak sakan. Malu terus Fattah, merah muka. Kaw-kaw kena, haha.. ” – Komen Netizen