Connect with us

Artis / Selebriti

” Muka wife dia pasrah teruk. Tak tahu nak marah ke nak geram, haha.. ” – Netizen

Video Harris Annuar Menyakat Isterinya, Asha Merican Lagi Buat Ramai Terhibur. Excited Isteri, Ingat Makan Luar Betul, Rupanya Lain Jadinya. Habis Lah Harris, Cara Asha Tenung Tu Pun Dah Lain Macam, Haha !!

Bagi yang suka mengikuti pelakon Harris Annuar pasti mengetahui yang Harris suka berkongsi video kelakar menyakat ibunya, Zaitaon Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ton. Selepas Harris mendirikan rumahtangga bersama Asha Merican, Harris juga suka menyakat isterinya.

Sebelum ini, Harris ada memuatnaik beberapa video menyakat Asha seperti meminta Asha memegang sudu yang diletakkan telur di belakang pintu peti ais. Bukan itu sahaja, ada video Harris sengaja memberikan kotak misteri kepada Asha yang di dalamnya kedengaran seperti ada seekor katak, namun sebenarnya hanya ringtone telefon sahaja.

Klik gambar untuk info..

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Harris, telah dikongsikan video baru Harris sekali lagi menyakat Asha. Kali ini, Harris meminta Asha untuk memilih dua keping kertas yang di tulis ‘ makan di luar ‘ dan ‘ makan di rumah ‘ tanpa pengetahuan Asha.

Asha memilih kertas yang bertulis ‘ makan di luar ‘Β  dan kelihatan Asha begitu teruja. Harris meminta Asha pergi bersiap seperti mereka betul-betul akan keluar. Tak disangka apa yang dimaksudkan oleh Harris sebenarnya adalah makan di halaman rumah sahaja.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur melihat cara Harris menyakat Asha. Antara komen-komen menarik adalah :

” Muka wife dia pasrah ter0k. Tak tahu nak m4rah ke nak ger4m, haha.. Habis lah Harris lepas ni rasanya memang akan kena cepuk.. “

” Rilek je kan bini hang duk luar mkn tak buat muka pun. Kene aku aihhhhh hahahhaah memang tido luar lah malam tu, hahhaa.. “

” Kalau mlm ni nak kena tumpang rumah aku roger je laa hahaha seram pula aku tengok muka Asha lepas kau kenakan dia, hahahahaa.. “

” Mohon bersabar dan tabah jelah isteri dpt suami mcm ni .. Tak faham2 lagi ke awal2 tu isteri nak handbeg baru, sekali dapat makan luar rumah lah.. “

” Weh kalau kena kat aku ni haha laki aku y makan kat luar.. Silap2 seminggu dia kena berkelah dekat luar rumah.. Biasa sangat suka kenakan orang.. “

” Sapa2 tolong wife dia carikan bomoh siam, hahahahahaa.. Ger4m pula aku tengok si Harris ni.. Suka sgt sakat Asha.. Asha pun dah tak tahu nak marah, ahaha.. “

” Aboyyyyyyy mu memang… Asal sokmo kaco Asha.. Kesian kawe dah siap molek2.. Hahahaa habis lah mu Aboyyyy oiii.. “

Klik gambar untuk info..

Harris kalau tak menyakat Asha memang tak sah kan. Reaksi muka Asha ketika Harris merkoednya sedang makan sungguh mencuit hati. Apa-apa pun, video iniΒ  hanyalah sekadar hiburan Harris bersama Asha. Semoga pasangan ini terus bahagia bersama dan kekal sehingga ke syurga.

Silakan SHARE..

Sumber : IG harrisannuar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT