Connect with us

Artis / Selebriti

” Kurang asam Harris. Lawak tengok Asha, dia cari betul-betul. Kesian Asha kena scam, haha.. ” – Komen Netizen

Video Harris Annuar Bermain Teka Teki Dengan Isterinya, Asha Merican Buat Ramai Terhibur. Macam Tu Je Harris Kenakan Asha. Asha Pun Bukan Main Lagi Cari, Haha !!

Bagi yang suka mengikuti pelakon Harris Annuar pasti mengetahui yang Harris suka berkongsi video kelakar menyakat orang di sekelilinginya. Ketika sebelum Harris mendirikan rumahtangga, Harris suka menyakat ibunya, Zaiton Hassan, usahawan kosmetik yang dikenali dengan nama Kak Ton.

Selepas mendirikan rumahtangga dengan Asha Merican yang juga merupakan seorang pelakon, Harris suka menyakat Asha pula. Banyak video yang dikongsikan oleh Harris membuatkan ramai tak kering gusi ketawa. Terbaru, meninjau di akaun Instagram Harris, telah dikongsikan video yang memaparkan Harris bermain teka teki dengan Asha.

Kelihatan pada awalnya Harris memberikan sekeping wang kertas bernilai 50 ringgit kepada Asha. Harris meminta Asha mencari gambar orang sedang memetik biji kepala sawit pada wang kertas tersebut. Asha kemudiannya mengambil wang itu dan mencarinya.

Namun hingga ke akhirnya Asha tidak menemui gambar yang dikatakan oleh Harris. Harris meminta Asha untuk melihat waktu jam ketika itu, lalu Asha mengatakan sudah pukul 8 malam. Seloroh Harris memberitahu jawapan yang lelaki dalam wang kertas tersebut telah pulang kerana sudah malam.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya terhibur melihat cara Harris kenakan Asha. Antara komen-komen menarik adalah :

” Kurang asam betul Harris. Lawak tengok Asha, dia cari betul-betul. Kesian dia kena sc4m, haha.. Berdekah aku ketawa.. “

” Harris kalau tak kenakan Asha memang tak boleh duduk kan. Aku kalau jadi Asha memang dah kena Harris tu, hahaha.. “

” Dah boleh pilih siapΒ² nak kena sumpah jadi bentuk tugu apa.. Ada je kn modal nk kenakan wife kan, hahaha kesian tengok tau.. “

” Kita wakil kepada bini bini, begitu shenang memperbongok kan kami yg lurus lagi tulus ni eh, kita yg sakit ati awak tau.. “

” Sekali aku juga beria cari weh, terkena juga lah aku dengan mamat ni.. Ger4m pula aku tengok video ni, hahaha. Aduhai menyesal weh.. “

” Dlu Taju slalu kn teka teki Harris.. Sekarang wife pula yang kena.. Sabar lah Asha, nasib lah dapat husband kaki sakat, huhuhu.. “

” Masalahnya bini dia pun percaya tu. Kadang rasa kesian kat Asha. Macam lurus sgt, haha Aboy pulak nakal. Suka ngenat ke Asha. Adoii la…. Apapun sis tumpang happy tengok family korang.. “

Suka betul Harris menyakat Asha. Pasrah muka Asha selepas mengetahui jawapan yang diberikan oleh Harris. Nasib Asha tak naik angin, siap ketawa lagi mendengar jawapan Harris. Apa-apa pun, video ini hanyalah sekadar hiburan Harris bersama Asha.

Silakan SHARE..

Sumber : IG harrisannuar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT