Connect with us

Artis / Selebriti

” Kau nak mango kan Mak Jenny, sekali dia mango kan kau balik, haha. Lawak.. ” – Netizen

Video Reaksi Ibu Nubhan, Mak Jenny Ketika Diusik Oleh Harris Annuar Buat Warganet Terhibur. Nasib Tak Kena Tampar Dengan Mak Jenny Aboi Weh. Dia Punya Pickup Line, Mengada Betul Eh. Haha !!

Siapa tidak kenal dengan kenakalan dan perangai suka mengusik anak kepada pengasas kosmetik Kak Ton iaitu Harris Annuar. Tidak cukup dengan Kak Ton, isterinya Asha Merican dan ramai lagi kawan-kawan selebriti menjadi bahan usikan Harris.

Meninjau entry Harris di akaun Instagramnya, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Harris mengusik mak Nubhan yang lebih dikenali dengan panggilan Mak Jenny. Untuk makluman, Harris turut bersama Nubhan, Mak Jenny dan beberapa lagi orang sedang bercuti di Turki pada ketika itu.

Klik gambar untuk info..

Seperti biasa, Harris memulakan usikannya dengan bertanya kepada Mak Jenny soalan berbunyi adakah Mak Jenny suka makan mango. Mak Jenny pula jenis orang yang transparent dan bercakap jujur tanpa berselindung. Disangkanya soalan Harris itu betul-betul rupanya Harris ingin bagi pickup line.

Bila tahu mango yang dimaksudkan oleh Harris, terperanjat Mak Jenny dan spontan keluar ayat ‘ karang den tampar mulut tu karang ‘ . Lawak betul lah mak Jenny, dengar macam kasar bahasanya tetapi mak Jenny realitinya seorang yang penyayang dan sporting. Nubhan pun gelak besar mendengar ayat Mak Jenny itu.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Harris ini sehingga kini telah pun meraih hampir 10 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Tampar je dia Mak Jenny, suka sangat dia menyakat orang haha.. Amboi Aboy, setepek kena dengan Mak Jenny.. ”

” Karang den tampar mulut tu kang.. Comel je ayat mak jenny tu, aku pun terbahak sama ketawa.. ”

” Haha ala mak Jenny blushing la kejap haha. Comel sangat mak jenny ni, Garang tapi baik dan kelakar.. ”

” Sebaik tak dihompok ea kau haha. Tampa dio mak jenny haha.. Macam nenek aku. Dia pun suka cakap aku tampo mulut tu karang.. ”

” Aku yang terkejut haha, plot twist sungguh eh Aboy. Mak Jenny pun sporting, mesti tak benti ketawa berjalan dengan mak jenny.. ”

” Lawak lah tengok mak jenny ni. Hah Aboy, kau nak mango kan mak jenny sekali dia mango kan kau balik haha.. sumpah lawak, berdekah aku ketawa.. ”

” Ayat mak jenny ni memang transparent dan ikhlas dari hati betul haha.. kan dah kena Harris, pickup line kena reject la kali ni hehe.. ”

Klik gambar untuk info..

Tentu tak henti Harris ketawa apabila berjalan-jalan dengan Mak Jenny, dua-dua jenis kelakar. Nak bagi pickup line, sekali kena reject dengan ‘artis BBNU’, hehe. Apa-apa pun, semoga percutian Mak Jenny kali ini berjalan dengan lancar dan menyeronokkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Harris Annuar

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT