Artis / Selebriti
” Tak sangka Ziana Zain pun masuk air juga, kuat menyakat cucu, haha.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Ernie Zakri, Nur Khawla Soleha berjalan catwalk di hadapan ahli keluarganya buat ramai terhibur. Amboi Lala, bukan main lagi dia catwalk. Pose yang last tu dah macam gaya spiderman. Nenek Ziana pun seronok menyakat cucu, hehe..
Bagi yang suka mengikuti perkembangan pasangan suami isteri yang juga merupakan penyanyi terkenal, Syamel dan Ernie pasti mengetahui yang mereka mempunyai seorang anak perempuan yang sangat comel telatahnya iaitu Nur Khawla Soleha.
Ada sahaja telatah Khawla atau mesra dengan panggilan manjanya, Lala ini mencuit hati ramai. Meninjau di akaun TikTok milik syamelovers, telah dikongsikan video yang memaparkan telatah Lala ketika bersama ahli keluarganya. Menerusi video itu, turut ada bersama adalah nenek saudara Lala, Ziana Zain.
Ziana telah memanggil Lala untuk membuat pertunjukan catwalk di hadapan mereka. Gaya Lala ketika sedang catwalk mendapat tepukan dan sorakan gemuruh daripada semua ahli keluarganya. Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet.

Ramai yang terhibur melihat gelagat Lala dan juga Ziana Zain. Seloroh warganet, mereka tidak menyangka Ziana juga seorang yang kelakar. Sehingga kini, video terbaru Lala itu ditonton ratusan ribu tontonan dan puluhan ribu tanda suka serta ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
@syamelovers Dah boleh ambil lala jadi model ye 💅 #syamel #erniezakri #syamelernie #khawla #nurkhawlasoleha #zianazain #bangmel #kakninie #fy #fyp #fyppppppppppppppppppppppp #fypage #fypシ #fypシ゚viral🖤tiktok
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata usikan telah diberikan warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tak sangka Ziana Zain pun masuk air juga, kuat menyakat cucu, haha.. Comel tengok Lala, confident betul dia jadi model, haha.. “
” Tak.. Masalahnya nenek & makcik2 dia pun sama masuk airrrr wehh.. Makin beso makin kesyamelan ehh lala ni.. Ape maksud lala “clingy.. “
” Kecik lg dah nampak bakat terserlah…moga besar nanti jadi bintang bergemerlapan.. Nampak gaya Lala ni seorang yang berani.. “
” Vbe dia semua jenis mcm tu … So tak heran kalau dia enjoy mcm tu.. Mmg diva mcm nenek sdare dia hahaha budak lala ni.. “
” Giler ahhhhh family support diaa riuh mcm 1 stadium.. Nenek pun sama naik ngan cucu, ahhahahhaha.. Kelakar tengok.. “
” Dari cucu ke nenek dia masuk air bestkan family ni, ahaha happy sokmo kalau macam ni… Meriah suasana bila berkumpul ramai2.. “
” Dah tahu dah lala ikut siapa . Bukan mamy , bukan jugak ddy , tp lala ikut neniy ziana dia lah.. Hehehe so cute lah Khawla.. “
Alahai pandainya Lala catwalk, confident sungguh Lala di hadapan ramai orang. Seronok semua menyaksikan Lala catwalk. Apa-apa pun, semoga Lala terus membesar dengan sihat dan menjadi anak cerdik pandai serta penyejuk hati kedua ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok syamelover
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

