Artis / Selebriti
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
Video Siti Khadijah Halim bercakap dalam Bahasa Inggeris ketika menjadi penyampai anugerah di Asian Academy Creative Awards 2024 buat ramai kagum. Wah fasihnya Siti speaking, sedap betul dengar dia punya slang..
Meninjau ke satu akaun Tiktok bernama Luvyv, satu video Siti Khadijah Halim ketika menghadiri ke Asian Academy Creative Awards (ACCA 2024) telah meraih perhatian ramai. Dalam majlis tersebut, Siti diberi peluang untuk menyampaikan anugerah kepada pemenang.
Selain itu, Siti juga ada tercalon menerusi kategori ‘Artis Wanita Terbaik Dalam Watak Komedi’ dalam majlis tersebut. Ia merupakan satu yang boleh dibanggakan kerana nama Siti kini sudah dikenali di peringkat antarabangsa.
Apa yang paling mencuri perhatian ialah kefasihan Siti dalam berbahasa Inggeris. Jarang sekali kita mendengar Siti bercakap dalam bahasa Inggeris, tambahan pula dalam kebanyakan drama lakonannya, Siti selalunya bercakap dalam bahasa Melayu sahaja.

Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Siti bukan sahaja fasih berbahasa Inggeris, malah Siti juga mempunyai slangnya yang tersendiri dan sangat sedap untuk didengari.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@whyoo_ HER ENGLISH ACCENT IS SO ATTRACTIVE😭😭😭 #sitikhadijahhalim#fyp
Di ruangan komen, ramai yang memuji kefasihan Siti Khadijah bercakap dalam bahasa Inggeris. Antara komen-komen yang diberikan :
” Kembar dia Siti Hariesa best gak bile speak English.. Dah lah cantik.. Bijak.. Gifted betul lah seketul siti khadijah halim .. “
” Wehhhhh dengan ryohei suzuki wehhhh.. Her face and her accent same like nadine lustre,, and nadine is one my fav actor in philipine.. “
” Her mom is a English teacher and my teacher also during primary school.. my name is siti khadijah halim…bagus nya speaking lembut jer love sgt dgr.. “
” Apa yg aku impressed dengan siti khadijah ni kan, dia guna full name dia untuk nama pentas. Bukan katty or what so ever. Love her.. “
” Aww so proud of u! N siti hariesa jugak. Sedap betul dengar dia punya “sleng” masa berlakon dgn zul arifin tu.. Weh tak pernah dgr dia speaking selama ni. Bestnya dgrr.. “
” Bapaklahh cntik gila #sitikhadijahhalim time ni.. ak rsa mekap ni sgt sesuai utk shape muka dia. Kena smua struktur..nama Melayu betul,tpi muka dah kDrama wey.. “
” Bila dia kata nak berlakon sampai hollywood ramai kecam. sekali noh dia speaking semua dan2 kagum.. Muka dia kena vibe ii org thai.. “
Siti sememangnya mempunyai pakej yang cukup lengkap. Bukan sahaja cantik, malah mempunyai personaliti yang menarik. Semoga Siti Khadijah terus berjaya dalam industri hiburan tanah air dan melebarkan sayapnya ke peringkat antarabangsa.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Luvyv
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti4 days ago” Auhh sweet, nak pengsan dah ni dengar ayat YB. Blushing kami YB oii, pengakuan paling mahal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Istilah padan muka, pada saya ini adalah.. “- Nubhan
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kak Rozi satu dalam sejuta. Sedih pulak dengar ucapan last Tokti tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Comel je ajar Granny dia Bahasa Melayu.. ” – Komen Netizen

