Artis / Selebriti
” Tak perlu muzik, dia sendiri pun boleh hasilkan melodi mendayu-dayu buat orang rasa meremang.. ” – Komen Netizen

Video Suara Nyanyian Dato’ Seri Siti Nurhaliza Tanpa Muzik Buat Ramai Meremang Bulu Roma. Macam Tu Rupanya Suara Tokti Apabila Muzik Dihilangkan. Serius Sedap Sangat !!
Nama Dato’ Seri Siti Nurhaliza tak perlu diperkenalkan lagi. Memiliki suara merdu ketika menyanyi cukup membuat para pendengar menjadi terpegun. Sudah puluhan tahun berada dalam industri seni, hingga ke hari ini DS Siti masih mempunyai ramai peminat yang setia dengannya.
Baru-baru ini DS Siti mengadakan satu konsert bernama Siti Nurhaliza Love Is In The Sky di Arena Stars Genting Highlands. Konsert tersebut telah dihadiri oleh ribuan para peminat DS Siti dan banyak lagu hits yang dinyanyikan oleh DS Siti, antaranya Jerat Percintaan serta Kau Milikku.
Meninjau di akaun TikTok mixboxstudio, telah dikongsikan satu video yang memaparkan persembahan DS Siti menyanyikan lagu khas bagi segmen lagu cinta popular pada tahun 90-an daripada kumplan Slam berjudul ‘ Tak Mungkin Berpaling’ .
Video ini bertujuan untuk memperdengarkan suara DS Siti apabila muzik dihilangkan. Ramai yang mengatakan meremang mendengar nyanyian DS Siti tersebut. Sehingga kini, video itu telah ditonton lebih 300 ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini :
@mixboxstudios.id Begini suara SITI NURHALIZA Jika musik dihilangkan #sitinurhaliza #malaysia #malaysiatiktok #singer #music
@mixboxstudios.id Membalas @kakyaemerald Live SITI NURHALIZA request by Viewers #sitinurhaliza #sitinurhalizagallery #malaysia #malaysiatiktok #malaysianupdate #malaysian #music #song #vocals
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa kagum dan memuji kemerduan suara DS Siti. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Tak perlu muzik, dia sendiri pun boleh hasilkan melodi mendayu-dayu buat orang rasa meremang.. Datuk Siti memang paling terbaik.. “
” Suara Siti Nurhaliza itu sendiri adalah muzik .. Meremang dengar.. Nak full song tak ade muzik boleh tak.. Tak puas dengar.. “
” Merdunya tetap sama.. Sebab dia adalah Siti NurHaliza.. Satu² penyanyi yg tak pernah tiru penyanyi lain.. Aura dia lain dari yang lain.. “
” Sebab suara dia sndri tu dh muzik.. Berwarna warni melantun begema ehh semua la.. Ni yang menarik ada pada Siti yang tiada pada penyanyi lain.. “
” Orang kalau nyanyi tak ada muzik boleh jadi out.. Tapi bukan pada Tokti.. Dia boleh nyanyi lagi sedap tanpa muzik ok, love you Tokti.. “
” Meremang masa gi konsert tokti di Genting.. Dengar video ni pun meremang.. Fuhh memang puas lah dengar suara DS Siti, sedap g1ler.. “
” Bila off music, tengah baring pun boleh terus lena, serius sedap sangat lah versi ni.. Dia panggil Afiyah anak ibu pun dah merdu wehh.. “
Bak komen peminat, tnapa muzik pun alunan suara DS Siti sudah mampu menjadi satu melodi yang indah. Apa-apa pun, semestinya bakat semulajadi yang dimiliki DS Siti itu tidak dapat dipertikaikan, DS Siti adalah penyanyi yang serba boleh dan sangat berbakat besar.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok mixboxstudio.id, IG ctdk
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Qalqalah, makhraj, tajwid superb. Saya yang ikut baca pun tak sempat nafas, tercungap-cungap dah.. ” – Komen Netizen