Artis / Selebriti
” Tak manis lah konon-konon, arwah tu baru meninggal, ko dah kahwin lain. Apa komen Ina ? ” – DS Aliff Syukri
Video Ina Naim menjawab pertanyaan Dato’ Aliff Syukri mengenai soalan yang ramai orang tanya, kenapa Ina berkahwin lagi sedangkan arwah Suhaimi baru sahaja meninggal raih perhatian warganet. Jawapan yang ramai orang nak sangat tahu..
Belum cukup setahun pemergian arwah Suhaimi Saad, balunya Ina Naim kembali bergelar isteri kepada Khairul Rizal. Ramai yang mempersoalkan mengapa Ina secepat itu mencari pengganti Suhaimi. Namun ramai yang menerima baik perkahwinan kedua Ina ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Dato’ Aliff Syukri, telah dikongsikan satu perbualan antara Dato’ Aliff dan Ina ketika Ina menjadi model untuk sesi photoshoot produk keluaran Dato’ Aliff baru-baru ini. Kelihatan Ina sedang disiapkan oleh seorang stylish dan Dato’ Aliff bertanyakan soalan sensasi.
Dato’ Aliff ingin mengetahui alasan Ina berkahwin lagi dan sememangnya ramai yang ingin tahu sebab sebenar Ina mencari pengganti Suhaimi. Ina tenang sahaja menjawab dan tidak melatah. Kata Ina, sejarah ketika zaman Rasulullah dulu juga pernah terjadi kejadian seperti itu.
Salah seorang sahabat nabi yang kematian suami, habis sahaja iddahnya dilamar oleh lelaki lain. Ianya bukan larangan dalam Islam dan banyak kebaikannya untuk balu. Ina mahu mengelak dari semua fitnah dan ianya untuk kebaikan anak-anaknya juga.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ina nie bagus isteri yang baik yang tak mengeluh yang taat dengan suami… sejuk je tgk muka dia…. nampak tenang… Semoga dia dipermudahkan segala urusan.. “
” Sukaa dgn jawapan ina.. Setuju dengan ina.. Bagus sgt2 jawapan Ina naim.. Jodoh ajal maut allah dah tentukaN.. “
” Alaa.. dah jodoh kan. Terpulang lah kpd niat masing2… Elok jgklah Ina nikah lagi demi anak4 dan maruah diri.. “
” Betul apa yg ina ckp.. biasa ramai yg X Hayati kisah2 RASULULLAH SAW jadi mereka X faham X tau.. “
” Terbaik ina.. jgn pgg status janda lama2.. byk darurat dgn status tu. .lagi kalau diri sudah dikenali… perancangan Allah lebih baik.. “
” Kita hanya mampu merancang… tapi Allah sebaik-baik perancang… maka Allah rencanakan yg terbaik buat ina dgn berjodoh kembali… dikurniakan suami yg baik… semoga bahgia hingga hujung nyawa… aamiinn.. “
” Bagus jawapan Ina… semoga Allah swt dapat memberikan yang terbaik untuk keluarga Ina sekarang.. “
Jawapan yang matang daripada seorang isteri. Ajaran agama yang arwah Suhaimi sampaikan kepada Ina, digunakan dengan sebaik-baiknya. Hidup berlandaskan ajaran agama selagi ianya tidak melanggar perintah Allah. Semoga perkahwinan Ina dan Khairul kekal berkekalan sampai ke akhir nyawa.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Aliff Syukri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen