Artis / Selebriti
” Tahniah kakak, cantik anak abah Jai. Situasi inilah yang Abby mahukan.. ” – Komen Netizen
Video dan gambar sekitar majlis konvokesyen anak tiri Abby Abadi, Fatihah Faizal raih perhatian ramai. Wah, cantik dan manis anak Abah Jai, beauty with brain..
Meninjau ke akaun Instagram Abby Abadi, perkongsian sebuah video yang memaparkan sekitar majlis konvokesyen anak tiri Abby iaitu Fatihah Faizal telah meraih perhatian ramai. Fatihah merupakan anak kepada suami Abby, Muhammad Faizal Zakaria menerusi perkahwinannya yang terdahulu.
Fatihah brjaya menamatkan pelajaran di Universiti Malaysia Kelantan ( UMK ) dan kejayaannya ini telah menjadi kebanggaan buat Abby dan suaminya. Abby turut berterima kasih kepada semua yang telah mendidik Fatihah sejak dari kecil.
Walaupun Abby hanyalah sekadar ibu tiri kepada Fatihah, Abby tetap berasa bangga dengan kejayaan yang diperolehinya. Abby dan suami telah hadir ke majlis konvokesyen tersebut dan menjadi saksi untuk melihat Fatihah naik ke pentas konvokesyen.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik beberapa jam yang lepas. Ramai yang memuji kecantikan yang dimiliki oleh Fatihah yang dilihat seorang wanita yang sopan dan juga manis.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh netizen apabila menonton video ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Aku sedih tgk gambar ni, ni lah yang abby harapkan sebenarnya dari marissa hmm malas nak cakap apa² dah.. Abby ni kan.. hati dia cukup besar, ikhlas sngt utk semua.. “
” Tahniah.. Alhamdulillah.. utk anak ini. Moga terus berjaya. Faham. Situasi inilah yang Abby mahukan… Namun apakan daya.. telah tertulis begitu.. moga anak² lain akan berjaya ke menara gading.. berjaya dunia akhirat.. “
” Masyaallah cantik anak abah jai semoga perjalanan hidupnya lebih baik dan sempurna berjaya dunia akhirat dpt bahagiakan kedua ibubapa aamiin .. “
” Wahhh tahniah.umk ye sama dgn anak perempuan kita tp blm grad lg tgh study lg…tahniah kakak cantik…student umk memang lawo2 belaka ye…tahniah semua.. “
” Humble ank2 en jai. Cantik bijak. Alhamdulillah. Tahniah. Tahniah abah Jai diatas kejayaan anak2. Cantik dan hensem anaknya .. “
” Tahniah abh Jai & Abby. Masya Allah penyejuk hati ayah & ibu. Moga jd ank yg solehah. Ada yang menenangkan hati abbyabadi_112 .. Alhamdulillah .. Besar sungguh hatimu kak… “
” Alhamdulillah. Tahniah adik tyha. Nampak gembira mama dgn abah nya. Alhamdulillah. Tahniah kakak! Semoga anak2 abby ada yg turut sambung bljr sampai degree jugak nnti.. “
Cantik dan manis sungguh Fatihah ni. Inilah dikatakan beauty with Brain. Kami di Berita Kopak turut mengucapkan tahniah buat Fatihah Faizal atas kejayaan yang diperolehinya. Semoga terus berjaya dalam kehidupan dan membanggakan kedua ibu bapa. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Abby Abadi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

