” Tahniah Kak Yana, baby putih gebu macam abang Mateen jugak.. ” – Netizen

Yana Samsudin Kongsi Berita Gembira Kelahiran Anak Keduanya Dan Gambar Bersama Keluarga. Wah Comelnya Baby, Putih Gebu. Aisy Mateen Dah Jadi Abang Long !!

Bulan lalu, peminat dikej0tkan dengan berita kehamilan pelakon Yana Samsudin yang sudahpun memasuki 8 bulan kandungannya. Yana dan suaminya Fadzil Zahari memaklumkan berita itu di Instagram mereka. Sekalipun sudah sarat, baby bump Yana tidak ketara kelihatan dan ramai tidak menjangkakan Yana hamil.

Apatah lagi sering kelihatan bersemangat dan bertenaga, bekas peserta The Masked Singer Malaysia di sebalik kostum ABC ini tetap nampak lincah. Beberapa hari yang lalu, Yana berkongsikan situasi semasanya yang ketika itu menanti waktu untuk dibawa ke labour room bagi proses melahirkan cahayamata keduanya ini.

Meninjau akaun Instagram Yana, telah dikongsikan perkembangan terkininya yang sudahpun selamat melahirkan seorang bayi perempuan. Mempamerkan gambar mereka sekeluarga, wajah bayi perempuannya juga kelihatan dari pandangan sisi. Wah Aisy Mateen sudah bertukar status menjadi abang Long sekarang.

Pastinya kehadiran bayi ini memeriahkan dan melengkapkan lagi kehidupan Yana dan Fadzil. Yana juga tampak berseri-seri dan turut mengucapkan terima kasih untuk Doktor Nurliza yang membantu sepanjang proses bersalinnya itu. Nampaknya bercutilah mommy dari games streaming 2 bulan ini untuk proses berpant4ng.

Jom baca perkongsian di bawah :

View this post on Instagram

Assalam korang… alhamdulillah dah selamat lahirkan baby gaming 🤣 its a girl…. Thanks semua yang sudi doakan yana & baby selamat dilahirkan…semuanya telah dipermudahkan.. Thanks juga buat Dr Norliza Pakar Gynae KPJ Batu Pahat & all the team.. servis yang baik dan selesa buat kami sekeluarga… bersalin di sini siap dapat hadiah carseat & gubahan bunga buah buahan 😀 Alhamdulillah sekali lagi yana doakan buat ibu ibu yang masih menanti untuk pregnant baby pertama & seterusnya dipermudahkan oleh Allah SWT… Yana akan bercuti lebih kurang 2bulan dari game streaming dan #EnKetuaRumah @fadzilzahari akan teruskan stream🎮, support la dia, dia pun kelakar jugak sebenarnya huhu… @egg_network @facebookgaming

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Fadzil Zahari juga berkongsikan gambar yang sama di Instagramnya dan turut mengucapkan ucapan terima kasih untuk semua yang mendoakan kelancaran proses bersalin Yana.

Berita ini menarik perhatian rakan artis dan juga peminat. Rata-ratanya mengucapkan ucapan tahniah untuk kelahiran cahayamata kedua ini dan antara komen-komen mereka :

” Alhamdulillah. Congratulations, Selamat berpant4ng kakak sayang yana samsudin. Sama birthday la ni boleh sambut sama-sama.. “

” Alhamdulillah, tahniah kak yana dan abg fadzil. Selamat berpantang akak.. cantik kak yana walaupun dlm pant4ng.. ”

” Wahhhh tahniaahhh bang, bestla dapat sepasang…. Boleh tambah sepasang lagi pulak…. Jgn lupa Azan bang.. “

” Alhamdulillah sepasang dah…. selamat brpnt4ng buat yana… aisy mateen dah jadi abang la. Baby putih gebu macam abang Mateen jugak.. “

” MasyaAllah Tabarakallah Alhamdulillah. Congratulations kakak love, Abang and Abang Mateen. Selamat berpantang Kakak love.. “

” Syukur Alhamdulillah… Selamat berpantang akk… Baby girl.. sepasang dh, tahniah kak Yana dan abang Fadzil.. “

” Cantiknya yana even lepas bersalin berseri-serinyaaaa. Ya Allah best nya baby girl, putih comel sangat.. tahniah sgt. Abang2 sangat mateen, congrats you all.. “

Alhamdulillah segalanya dipermudahkan untuk Yana dan kedua-duanya anak dan ibu selamat. Yana pun nampak sihat dan berseri-seri walaupun baru beberapa hari melahirkan. Semoga Yana dan baby girl sentiasa dilindungi Allah dan cepat sihat seperti sediakala. Selamat berpant4ng dan tahniah Yana.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Yana Samsudin, IG Fadzil Zahari

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..