Connect with us

Artis / Selebriti

” Bijaknya Mateen, awat guna hidung sekali. Comel je.. ” – Netizen

Video Anak Yana Samsudin Dan Fadzil Zahari, Aisy Mateen Belajar Matematik Raih Perhatian Netizen. Amboi Comel Sungguh Cara Mateen Mengira Sambil Sentuh Tangan Kat Hidung Tu !!

Aisy Mateen satu nama yang cukup indah dan merupakan anak kepada pasangan selebriti Yana Samsuddin dan Fadzil Zahari. Mateen merupakan putera sulung mereka. Bukan itu sahaja, Yana dan Fadzil juga telah mewujudkan satu akaun Instagram khas untuk Mateen bagi peminat yang suka mengikuti perkembangan anak mereka.

Meninjau ke akaun Instagram Mateen, satu perkongsian video Mateen sedang belajar mengira bersama mommynya raih perhatian netizen. Mateen yang mengenakan baju berwarna putih kelihatan comel dan bersemangat belajar subjek Matematik itu.

Mateen baru berusia lima tahun namun sudah bijak mengira dan menyelesaikan operasi tambah menggunakan jari. Ramai yang terpeg0n dengan kepandaian Mateen belajar menghitung nombor-nombor itu. Pastinya Mateen seorang anak yang cepat tangkap kerana dilatih dan diajar dari kecil.

Menerusi ruang kapsyen, Yana mengatakan subjek kegemaran Mateen ialah Matematik. Bukan itu sahaja, Mateen mahir mengira menggunakan bahasa Inggeris. Sejak dari baby lagi dirinya sudah dided4hkan dengan mempelajari banyak bahasa. Pastinya, ini merupakan satu kelebihan buat Mateen.

Jom kita tonton video di bawah :

Cara Mateen mengira bersama mommynya kelihatan begitu comel. Lembut sahaja suara Yana memantau dan mengajar Mateen. Selain itu, Mateen juga sudah pandai menulis serta ramai yang memuji si cilik ini begitu bijak. Antara komen-komen netizen :

Β β€œ Pandai diaaa.. Mateen.. Klau no yg byk simpan dlm kepala.. Campur yg sikit guna jari.. Teknik ni senang.. Akk ajar ank akk.. Bijakkk sgt ni.. ”

β€œ Pandainya abg mateen.. Suka tengok mateen.. semoga jd anak yg soleh dan bijak pandai ye mateen, Aamiin Allahumma Aamiin.. terror la mateen.. dh boleh congak.. tengok 8+1 dh tau.. clever boy.. ”

β€œ Bagus mashaAllah.. Belajar bahasa Bidayuh juga ya.. 8 dia lain macam.. Smela ank sy.. klu Kira bhasa melayu huru har4 jdye.. bi okay.. ”

β€œ Untuk matematik, tengok youtube lagu baby finger where are u.. Pastu ajar dia kira guna jari sampai 10.. ala, sambungan dia please.. nak tau macam mana dia dapat 9.. ”

β€œ Umur mateen berapa.. Bijaknyaa mateen.. tak kira lagi dah bagi jawapan haha comel je.. Awat guna hidung sekali.. terbaik mateen.. ”

β€œ Aloo.. Ank kita sama baya.. Tp ank sy tak pndai lg kira.. just ikut kiraan ja.. Akak.. Saya nak tanya beli kat mana meja mateen tu ye.. ”

β€œ Ya Allah pandainya.. Boleh tak abg fadzil minta kak yana bagi tips.. Macam mana nak anak pandai menulis semua.. Anak saya 2021 pun 5 tahun juga, bulan 11.. tapi dia perkembangan agak perlahan, saiz pun kecil.. Masih pakai baju 18-24 bulan.. Berat pun 10kg.. Kecik macam 2 tahun.. ”

Sebagai ibu bapa, Yana dan suami mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka. Pasangan ini mengajar Mateen mengikut potensi dan kemampuan dirinya sendiri agar membesar menjadi anak yang pandai. Semoga Mateen sentiasa sihat membesar menjadi anak yang soleh serta berjasa buat kebanggaan ibu bapa. Aminn..

 

Silakan SHARE..

Sumber: IG Β aisymateen

Artikel ini disediakan oleh Berita Kopak. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT