Artis / Selebriti
” Hujung-hujung macam tikus, tapi hasilnya memang tiptop lah.. ” – Netizen
Yana Samsudin Kongsi Video Telatah Anak-Anaknya Ketika Sesi Photosho0t Di Studio Buat Ramai Terhibur. Lumrah Anak Nombor Dua, Memang Aktif Dia Lain Macam Sikit. Tapi Cantik Betul Gambar Last Tu !!
Sudah menjadi kebiasaan buat setiap keluarga mengabadikan kenangan di hari raya dengan melakukan photoshoot raya bersama keluarga tersayang. Begitu juga yang dikongsikan oleh pelakon terkenal iaitu Yana Samsudin.
Menerusi akaun Instagram, Yana telah memuatnaik video bersama keluarganya ketika berada di studio gambar. Tulis Yana di ruangan kapsyen menyatakan susah untuk mendapatkan satu foto yang cantik.
Kalau dilihat dalam video itu, telatah anak-anak Yana begitu mencuit hati saat gambar ingin diambil. Paling comel adalah gelagat anak perempuan Yana, Aura Aisy Sofea yang tidak mahu duduk diam.

Perkongsian video oleh Yana ini telah mengundang tawa para peminatnya. Ada yang menyatakan sudah menjadi kebiasaan melihat telatah anak nombor dua kerana anak nombor dua sering dikatakan begitu aktif berbanding anak yang lain.
Jom tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan perkongsian video oleh Yana. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hujung-hujung macam tikus, tapi hasilnya memang tiptop lah.. No2 paling keletah tak menahan, hahaha jenuh suh duk dendiam kan tp tu la jgk yg terpaling comeyy.. “
” Comel… Walau nk boleh ke gambar comel… Hazab rasanya, tapi bila tengok hasilnya kita boleh tersenyum puas.. “
” Mahu berpeluh ketiak2 haha.. Nasib ler mak ayah maintain je sabar melayan. Comel tengok gambar dua beradik tu.. “
” Sofea comel, no dua tu memang ikut gaya Yana sebiji. Selamat hari raya Yana sekeluarga, maaf zahir dan batin.. “
” Anak no dua memang mcamtu perangai, special sikit daripada sulung.. hahaha kena banyak sabar.. Cantiknya Kak Long bergambar.. “
” Cantik lah gambar.. Kejap dah besar anak-anak.. Comel tengok telatah si kecil tu, kemain lagi duduknya.. “
” Keluarga yang sentiasa sederhana dan bahagia.. Suka tengok.. Lumrah anak no dua lah Yana, hahaha tapi comel sangat tengok.. “
Amboi Sofea, sempat lah panjat naik atas belakang daddy yer walaupun sopan je pakaian tu. Namun begitu, hasil gambar keluarga Yana pada akhir video memang sangat cantik, lagi-lagi gambar Sofea bersama abangnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG yanasamsudin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kalau tak tahu cakap tak tahu. Jangan reka cerita.. ” – Sahabat YB Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Astaghfirullahalazim, mommy cakap buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago” First time dengar lagu Injit Injit Semut sedap macam ni. Alahai lenggoknya bukan main.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden

