Connect with us

Artis / Selebriti

” Tahniah in advanced Shuib. Nampak excited sangat, hati berbunga-bunga ye Ib.. ” – Netizen

Video Temubual Shuib Sepahtu Menjawab Isu Bakal Mengakhiri Zaman Dudanya Raih Perhatian Warganet. Wah Memang Betul Lah, Dah Tak Lama Lagi Majlisnya. Alahai Malu-Malu Pulak Shuib Ni !!

Umum mengetahui tentang hubungan istimewa antara pelawak dan penyampai radio, Shuib Sepahtu bersama usahawan, Watie Hanifiah. Malah Shuib semakin terbuka dan tidak lagi sor0k-sor0k seperti awal perkenalan mereka dahulu.

Ura-ura kedengaran mengatakan Shuib bakal menikahi Watie tahun ini dan perkara ini disahkan sendiri oleh Shuib. Meninjau akaun Instagram Xtra_my, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual pihak wartawan bersama Shuib.

Shuib mengatakan majlis pernikahannya bersama Watie akan dilangsungkan pada bulan Jun nanti. Cuma tarikhnya akan dimaklumkan kemudian. Ditanya tentang persiapan majlis tersebut, setakat ini ianya telah 30% selesai.

Shuib turut memberitahu perkahwinan keduanya ini akan berlangsung di dewan. Malu Shuib jadinya apabila dias4k dengan soalan mengenai majlis perkahwinannya ini. Alahai bakal pengantin baru lah ni Shuib ye, patutlah makin happy sekarang.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telahpun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Alhamdulillah.. Tahniah shuib n psgan.. semoga kekal bhgia hingga ke Syurga nt.. semoga dipermudahkan segala urusan.. “

” Apa pun tahniah in advanced shuib.. semoga dipermudah segala urusan. Tahniah untuk anak-anak jugak ada kasih sayang ibu.. “

” Takleh move on lah dia nak kahwin. Takpelah, hidup perlu diteruskan. Dia ada hak untuk bahagia. dia pun muda lagi, doa je yang baik-baik.. “

” Yang perg1 tetap perg1 dan tak akan kembali. Hidup perlu diteruskan.. yang perg1 tetap dalam ingatan.. “

” Ingatkan main-main je. Semoga dipermudahkan semua urusan Shuib menuju hari bahagia. Benda baik insya Allah kami doakan.. “

” Husnuzon jela.. anak dia kecik2 lg.. dia pon masih mudaa.. mmg perlukan teman hidup… doakan jela yg baik2.. mudah2han kekal ke jannah.. aminn.. “

” Nampak excited sangat, hati berbunga-bunga ye Ib. Alhamdulillah dan tahniah Ib. Anak-anak perlukan ibu dan doa ibu. Semoga baik-baik semuanya buat semua.. “

Shuib menghitung hari untuk membina fasa hidup yang baru. Semoga semua perancangan berjalan dengan lancar dan segalanya dipermudahkan untuk Shuib dan Watie ke jinjang pelamin. Sama-sama kita doakan yang baik-baik untuk pasangan ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Xtra_my, IG Shuib Sepahtu, IG Watie Hanifiah, Tiktok Xtra_my

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT