Artis / Selebriti
” Sumpah tak expect ending dia kelakar gila. Kak Lina memang melanggar hukum ni.. ” – Komen Netizen
Video lakonan Kak Lina Kepom bersama beberapa orang staff Kedai Emas buat warganet terhibur. Punya yakin Kak Lina orang puji dia, sekali terperasan sendiri. Ending tu memang tak disangka-sangka. MerchantLina memang kelakar, haha..
Elly Mazlein atau Kak Lina Pom Pom merupakan duta untuk Kedai Emas Merchant9 dan banyk video promosi yang dirakamkan oleh Kak Lina untuk kedai emas ini. Karakter Kak Lina yang lucu dan selalu ceria ini membuatkan ramai yang senang dengan melantiknya sebagai duta dan ianya salah satu tarikan untuk pelanggan ke kedai emas tersebut.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Kedai Emas Merchant9, telah dikongsikan satu video yang memaparkan satu lagi video terbaru Kak Lina bersama beberapa orang staff kedai emas itu. Kali ini sketsa yang dilakonkan oleh mereka semua membuatkan ramai terhibur.
Pada awal video, kedengaran perbualan antara 2 orang staff lelaki yang mana salah seorangnya bernama Alexander memuji salah seorang staff wanita di situ. Babaknya menjadi lucu apabila rakan sekerjanya itu tidak dapat mendengar dengan jelas apa yang diperkatakan oleh Alexander.

Kak Lina pula yang mendengar perbualan itu segera menerangkan dengan suara yang jelas mengatakan Alexander memuji dirinya semakin cantik. Rupa-rupanya bukan Kak Lina yang dipuji tetapi seorang lagi staff wanita yang berada di belakang Kak Lina. Respon Kak Lina selepas mendengar jawapan Alexander menghiburkan ramai.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sumpah tak expect ending dia kelakar gila.. kak lina memang melanggar hukum ni. Pompuan punye la jg awning tudung, dia selamba tarik ke depan camtu.. “
” Hahahah kita plak anxiety tgk dia tarik tudung cmtu..melanggar hukum betul.. Nasib baik malu boleh di sorok dlm tudung hahaha.. “
” Haha tak expect langsung kak lina nak tarik tudung gitu haha. Yang dekat belakang tu dah berdekah dah hahah.. “
” Lahh endingnya betul betul malu sorok muka haha.. ending terbaik, habis serkop ditariknya.. konfident sangat Merchanlina ni.. “
” Guyz tudung Kak MerchantLina tidak sahaje menutup aurat, malah bisa menutup malu… Sila chk bag kuning haha.. “
” Cutelah kak kepom tarik tudung ke bawah tutup aurat sungguh.. function teruk tudung tu ek haha.. “
” Kak lina haha, tak cukup nafas yang belakang tu ketawa haha.. Hahahh ending dia. kita kemain jaga malas nk buat tudung balik dah, penyet sikit pun dah seriau , dia boleh tarik cengitu jek.. “
Ending yang ramai tidak jangkakan Kak Lina akan melakukan tindakan seperti itu. Masuk air sungguh Kak Lina, sehinggakan ketawa besar staff wanita di belakang melihat reaksi spontan Kak Lina itu. Boleh lah yang lain ikut sama cara nak cover malu menggunakan tudung seperti Kak Lina selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Kedai Emas Merchant9
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti17 hours ago” Aku rasa aku kuat, tapi sejak Jumaat aku lembik, aku lemah. Aku rindu dia.. ” – Samzy Fuzette
-
Artis / Selebriti3 days ago” Video yang dinanti-nantikan. Bella tahu apa keperluan YB, hadiah paling special untuk cinta hati.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dulu selalu tengok Rina makan, sekarang tengok Rian pula.. ” – Komen Netizen

