Viral
” Sumpah nangis dengar pesanan akhir Nurly untuk Lily. Sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen

Video sahabat baik arwah Nurly Sahirah (UPSI) yang diselamatkan oleh Nurly, Lily Suzana berkongsi cerita mengenai pesanan akhir Nurly buat ramai sebak. AllahuAkbar, pesanan berharga daripada sahabat dunia dan akhirat..
Sudah 2 minggu berlalu sejak tragedi nahas jalanraya melibatkan sekumpulan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ) di Gerik, Perak. Banyak coretan duka mangsa-mangsa yang terkorban dikongsikan oleh sahabat dan ahli keluarga yang meruntun hati warganet.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Paksupie30, telah dikongsikan satu sedutan live ketika dirinya berkunjung ke rumah salah seorang pelajar yang terselamat dalam nahas itu bernama Lily Suzana. Lily merupakan sahabat baik kepada arwah Nurly Sahirah.
Lily mengalami kecederaan yang agak serius dan dia telah pun menjalani pembedahan. Lily kini telah pun kembali ke kediamannya di Besut, Terengganu. Untuk makluman, Lily dan Nurly sahabat akrab dan ke mana-mana sahaja mereka pasti bersama. Malah pada malam kejadian juga, Lily duduk bersama Nurly.
Makan nasi sepinggan, tidur sebantal, seakrab itu persahabatan Lily dan Nurly. Perasaan Lily ketika mengetahui Nurly telah tiada tidak dapat diungkap dengan kata-kata. Nurly juga ada meninggalkan pesanan akhirnya kepada Lily yang menyentuh hati, mulianya seorang sahabat bernama Nurly Sahirah.
Jom tonton video di bawah :
@paksupie30 salam ukhwah filah#sebak dan sedih bila teruramah dgn lilysuzana shabt baik nurli shahirah #yangmana arwah nurli ada berpesan kpd lily,jagn tinggal Al-Quran,ingat allah jgn tinggal solat#yaallah kau ampunilah arwah nurli dan tempat kan nya disyurgamu robb@paksupie30🇨🇬🤲
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 100 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Baik orgnya nurly sahirah rela korbankan diri untuk selamatkan kawan dia lily suzana semoga semua mangsa dicucuri rahmat aminn.. “
” Semoga kuat semangat ya adik lily.. smoga cpt sembuh ye dik dan diberi kekuatan dlm hidup.. nt share cerita kebaikan arwah ya bila adik lili ok.. “
” Semoga Adik lily dberi kkuatn, smngat sprti sdiakala.. Adik bruntung dpt shbt sprti arwah nurly.. Bdadari syurga.. “
” Salam hadir sahabat yang baik.. semoga baik baik sahaja.. sumpah nangis dengar pesanan akhir nurly untuk lily.. sahabat dunia akhirat.. “
Pesanan seorang sahabat yang mahukan yang terbaik dunia dan akhirat untuk sahabat baiknya ini. Al-Quran dan solat sentiasa menjadi pesanan Nurly dan pastinya pesanan akhir ini akan menjadi penguat semangat untuk Lily teruskan perjuangan yang belum selesai.
Nurly hanya jasad yang sudah tiada, namun segala kenangan dan pesanan Nurly kepada Lily akan sentiasa mekar dalam ingatan. Semoga syurga tempat Nurly di sana. Untuk Lily, kuatkan semangat Lily dan sentiasa kirimkan doa dan bacaan Al-Quran untuk Nurly.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Poksupie30, Tiktok Alieeya6, Tiktok Lija1768
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Pandai Bella jawab, good answer. Keep going strong Bella.. ” – Komen Netizen
-
Viral6 days ago
” Sangat limited nak jumpa yang perangai macam arwah Nurly ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terkantoi pulak dah, ni bukti kukuh ni. Manja betul dengar Bella panggil YB macam tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Bunyi batuk daddy tu yang mahal, dah pandai ajuk daddy ye Zara, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Dengan papa sekali terasa hina. Terbahak lah aku dengan ayat Amayan ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Legend la Ayash, dia boleh ingat lirik. Lagu tak boleh bawa bincang pula tu.. ” – Komen Netizen
-
Viral5 days ago
” Sedihlah, menitis air mata bila dengar dia cakap suami dah tak ada.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar suara dia, serius merdu. See, yang pernah dia kecam dulu.. ” – Komen Netizen