Artis / Selebriti
” Starting dia dah menggelegak perut aku. Pitam opening macam orang tahan nak beranak, haha.. ” – Netizen
Video Elly Mazlein Berduet Dengan Misha Omar Menyanyi Lagu Dangdut Buat Ramai Terhibur. Terjebak Masuk Air Misha Bila Bergabung Dengan Kak Lina. Part Bunyi-Bunyian Tu Lawak Sungguh. Macam-Macam Bunyi Keluar, Haha !!
Setiap minggu pasti akan ada artis jemputan yang akan diundang ke konti Era untuk bersama Elly Mazlein atau Kak Lina Kepom. Selain wawancara bersama, artis jemputan juga akan berduet bersama Kak Lina mengikut lagu yang telah ditetapkan.
Meninjau akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penyanyi wanita bersuara gemersik, Misha Omar bersama Kak Lina. Misha juga seorang yang sporting dan sangat mudah ketawa dengan jenaka spontan Kak Lina.
Menerusi video ini, Misha dan Kak Lina berpadu suara mendendangkan lagu dangdut popular nyanyian asal Amelina iaitu Asyik. Bukan selalu dapat mendengar Misha menyanyi lagu dangdut dan nyanyian duet ini menghiburkan semua pendengar.

Kak Lina tetap dengan perangai masuk airnya, manakala Misha pula sekepala dengan Kak Lina. Lagi bertambah riuh lah konti apabila dua selebriti ini bergabung. Bab suara, baik Misha atau pun Kak Lina kedua-duanya merdu dan sedap didengar. Yang lawaknya adalah bunyi-bunyian tambahan yang dibuat oleh Kak Lina dan Misha, haha.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Sejenis takleh berjumpa… asal jumpa je , keje jatuh no berapa tah.. we just Enjoy each other and love to play around .. borak banyak tapi kadang topik taktau apa.. tau2 dah sampai Zimbabwe .. i love you Suraya.. ” – Misha Omar
” Starting dia da menggelegak perut aku.. hahhahahhaha… best la duet Boleh buat lagu single baru.. ”
” 2 ketul ni lah kan haha.. berdekah la eyhhh.. Kak Mith dan kak Lina mmg best.. dua-dua suara best.. ”
” Enjoy ye kakak berdua ni berdangdut haha.. asyikkkkkkk.. bila jumpa dua2 masuk air ni berdekah aku tgk .. lawak giler.. ”
” Lain machiam bunyi nya kak lina, macam suruh anak buang air je haha. uukk ukkk haha.. terhibur, kita enjoy.. ”
” Starting diaa tuu tak boleh blahhhh.. semua terjebak masuk air bila dengan kak lina haha.. Mcm gini bukan shima je nganga. Kaklong amelina turun stage terusss haha.. ”
” A aakkk uuu ukkkk haha.. gaya suh anak berak tu kak lina haha.. keluar gedikk kak mitch bile dgn kak lina ni tau.. comell dedua.. tetap no Syatuuuuu.. ”
” Dua dua masuk air haha.. pitam opening macam orang tahan beranak haha.. sisi lain misha omar, lawak.. ni Amelina mesti gelak kalau tengok.. ”
Yang menyanyi pun tak boleh tahan ketawa mendengar suara masing-masing, apatah lagi warganet yang menonton video ini. Gelagat Kak Lina dan Misha begitu mencuit hati. Agaknya apa lah reaksi Kak Long Amelina apabila melihat lagunya dinyanyikan oleh Kak Lina dan Misha, hehe.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ni kalau ajak bergosip ni mesti comel kan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Eidrees memang transparent kan. Direct je dia tanya mummy depan semua orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nangis saya. Bila dengar Amira cakap, auto masuk terus ke sudut hati yang paling dalam.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sebelum saya jumpa Puan Sakinah, saya search nama Puan Sakinah di internet.. ” – Ammar Ahyan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantik sungguh anak Mr E ni, cantik semula jadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wah matured cara dia jawab. Que ni seorang yang berpendirian, tegas dan positif.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Arwah Siti Sarah vs Jamal Abdillah versi gen Z. So talented.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Yang pandai edit, apa kata korang pelaminkan kami. Biar abang James merana.. ” – Pak Nil

