Artis / Selebriti
” Sebenarnya selama ini, saya rasa saya bukan orang asing dalam hidup Radin. Saya ingat saya special di hati dia.. ” – Misha Omar
Video reaksi Radin dan isteri menerima kejutan kehadiran Misha Omar curi perhatian warganet. Part ucapan Misha tu sweet je. Aiyok Radin, Misha dah merajuk. Cuak Radin kena usik dengan Misha macam tu, haha..
Team Radio Era telah pun mengaturkan beberapa kejutan untuk Radin dan isterinya, Amirah ketika pasangan pengantin baru ini hadir ke konti sebagai tetamu jemputan. Mereka juga menyediakan pelamin untuk Radin dan turut diadakan sesi merenjis pengantin.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan team Era membawakan khas Misha Omar untuk meraikan pasangan ini. Radin dan Mira ternyata terkejut ketika melihat Misha membuka pintu.
Radin kelihatan sebak kerana tidak menjangkakan akan mendapat kejutan sebegini. Misha mendendangkan lagu Semoga Abadi untuk pasangan mempelai. Radin juga turut berduet bersama Misha. Selepas selesai menyanyi, Misha memberikan sedikit ucapan untuk Radin.

Ucapan Misha menyentuh hati warganet kerana kata-katanya yang tulus untuk Radin. Radin sudah dianggap seperti adiknya sendiri dan Misha mendoakan agar Radin berbahagia selalu. Misha juga ada mengusik Radin kerana tidak mengundangnya ke majlis pernikahan baru-baru ini.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Radin takder makpak. Jadinya family era la famy no 2 dia.. Arghhhh seronok nyaaaa semua org sayangggg . Bertuah bini dia.. “
” Kenapa pulak saya rasa sedih.. Sebak ye… Pricelessnyerr reaction dorang ni. nmpk sgt terkejut and happy. dgr live td katanya lagu ni fav radin pastu dia bg wife dia dgr, wife dia pon suka lagu ni.. nmpk wife dia sebut ‘misha?’ time intro lagu ni.. “
” Aku ralit tgk pak azad.. watak dia berbeza skit.. air muka dia mcm dia terlalu happy tgk sahabat baik dia dh ade pasangan hidup.. “
” Nape smpai sini eh rse misha nyanyi tu.. reaction diorg plak.. aq yg sedihhh.. radin sebak btl dengan surprise family era dia ni.. nampak Raden terharu dgn kejutan nii.. “
” Mjlis nie bkn untuk ak kn guys.,asal ak lak yg beria berairmata hah.. Hadoii aih…sedih sebak pula bila kita tgk.. “
” “Ingatkan kita special di hati dia, rupanya kita je yang rasa macamtu”haha sempat misha usik radin.. dlm ketawa ada air mata aku yg jatuh bila dgr ucapan misha.. “
” Sebak ucapan kak mitch.. mcm advice dari sorg utk adik2 nya..tiba sebakk.. sayang kak mitch pada adik dia sorang ni.. radin disayangi oleh semua sebab dia budak baik.. “
Beruntung Radin kerana ada sahabat dan family kedua seperti team Era ini. Ucapan Misha juga tulus untuk adiknya ini. Semoga rumahtangga yang baru dibina ini sentiasa dalam rahmat Allah, dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan sampai ke akhir hayat.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti5 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti3 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti6 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita

