Artis / Selebriti
” So cute Fatima ni kemas katil. Siap gosok-gosok dengan tangan nak bagi kemas lagi tu.. ” – Komen Netizen
Fazura kongsi video gelagat anaknya, Nur Fatima Aisya mengemas katil di KidZania raih pujian ramai. Alahai Fatima, cara kemas tu dah macam lagak mak-mak kemas katil sangat. Cute sungguh lah Fatima ni..
Nur Fatima Aisya merupakan anak tunggal kepada pasangan Fazura dan Fattah Amin. Fatima yang comel dan mewarisi wajah dan ketinggian Fattah ini seringkali menarik perhatian warganet dengan telatahnya yang petah bercakap dan pandai.
Meninjau entry di akaun Tiktok Fazura, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fatima bersama sepupunya, Maryam berkunjung ke KidZania. Sebagaimana yang semua tahu, KidZania menawarkan pelbagai aktiviti dan kanak-kanak dapat merasai pengalaman mencuba pelbagai kerjaya di sini.
Menerusi video ini, Fatima mencuba untuk menjadi housekeeping dan berada di dalam sebuah bilik yang tersedia sebuah katil dan beberapa kelengkapan lain. Fatima menuju ke katil yang berselerak dan mula mengemas cadar, selimut dan bantal yang tersedia di situ.
Seperti lagak mak-mak, cara Fatima mengemas katil mendapat perhatian warganet. Pandai Fatima membetulkan cadar dan menggosok-gosok cadar dengan tangannya supaya nampak tegang. Memetik komen warganet, ini pastinya Fatima meniru kelakuan Fazura di rumah.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@fazuraofficial My babies!!! ððð #NurFatimaAisya #NurAdeliaAyesha #Maryam #Cousins #Family
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Tinggi lah fatima ni. Brp agaknya tinggi dia.. umur br 4 tahun. Tinggi dh mcm bdk umor 6 ke 7 tahun.. “
” I cannot tahan lah…. shooo cute si Fatima ni kemas katil.. somebody really pay attention.. Fatima rajin dan cantik macam mommy Faz.. “
” Alhamdulilah good girl nyama.. pndai berdikari. rajin tolong mummy.. didikan awal yang terbaik.. didikan mommy terbaik.. “
” Comelnya nyamma and cousins… maryam mesti supervisor kan ? Tlog masuk beg kuning nk beli buat keychain nyama tu.. “
” She focus on her thing she did.. well done Nyamma.. anak kita sama 4tahun. rasanya mcm anak kecik lg tp knp nmpk Fatima matang sgtttt…mcm 5-6tahun dah.. “
” Tengok pada cara Fatima kemas … mesti faz seorg yang pembersih …. siap urut-urut lagi cadar tu.. “
” Comelnye dia .. pndai nak kemas katil walaupun xpdan dgn usia tapi cerdik.. otak berjalan dok fikir nak buat apa lagi hehhe.. cute ngat aih.. “
” Ini mesti tgk mummy buat selalu ni, siap gosok gosok dgn tangan nak bg kemas lagi tu, mummy mcm ni ka mummy.. “
Comel sungguh melihat cara Fatima mengemas katil seperti sudah biasa mengemas katil di rumah. Tak nampak kekok langsung. Semoga Fatima terus menjadi anak yang bijak, solehah kepada kedua ibu bapa dan menjadi insan yang baik budi pekertinya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen