Artis / Selebriti
” Siapa kata Uwais tak rapat tak ngam tu. Nak kepit je 24 jam kalau boleh.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak-Anak Shuib, Dzahira Talita Zahra Dan Uwais Alqarni Menyakat Watie Hanifiah Ketika Majlis Berinai Dan Bersolek Cur1 Perhatian Warganet. Wah 1st Time Tengok Uwais Berkepit Dengan Bakal Mummy, Manja Sangat Uwais Rupanya !!
Berbaki kurang seminggu sahaja lagi duda sensasi, Shuib Sepahtu bakal menikahi Watie Hanifiah. Beberapa hari yang lalu juga, pasangan ini telah pun mengadakan majlis khatam Al-Quran dan majlis berinai. Ianya diadakan awal kerana jadual kerja Shuib yang padat.
Sebagaimana gadis lain, Watie juga mengimpikan untuk ada majlis khatam dan berinai sebagai kenangan. Meninjau akaun Instagram Watie Hanifiah, telah pun dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat anak-anak Shuib iaitu Dzahira Talita Zahra dan Uwais Al-Qarni ketika majlis ini berlangsung.
Pada awal video, dapat dilihat Talita asyik berkep1t dengan Watie sambil melihat busana ala arab yang digayakan oleh Watie. Watie pula melayani sahaja kerenah Talita dan melihat gaya Watie yang g1la-g1la itu mengingatkan peminat kepada arw4h Siti Sarah.

Setelah itu pula, gelagat si sulung Uwais yang menyakat Watie ketika Watie sedang disolek dipaparkan. Sebelum ini belum pernah ada video Uwais bersama Watie. Betul lah kata Watie sebelum ini, Uwais juga anak yang manja dan suka berkep1t dengan Watie.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian oleh Watie ini sehingga kini telah pun mencatatkan hampir 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Belom lagi time tengah majlis khatam.. mateen jer1t Aunty Lapaa nak makan haha. tengah-tengah majlis hahaha comeyyyyy.. ”
” Sayangi anak-anak arw4h macam anak-anak sndiri……. Nampak macam watie ibu yang baik.. Anak-anak pun nampak sanytang ”
” Setiap kali tengok watie dengan perangai2 g1lanye sama macam arw4h siti sarah… semoga bahagia watie shuib dan anak-anak.. ”
” Siapa kata uwais tak rapat tak ngam tu… ni elok je ha.. uwais ni malu jenis tak tunjuk depan camera yang dia manjaa.. ”
” Comel je tgk uwais dgn talita seronok nk tgk bakal mommy die cantik2.. betul dia paling sesuai dgn anak anak shuib.. ni.. dari segi hubungan famili mereka memang meriah… Alhamdulillah… ”
” Semua sayang aunty.. nak kep1t jeee 24 jam kalau boleh.. Mmg betul2 pilihan terbaik Jd mummy dorg.. ”
” MasyaAllah.. kenapa sy seb4k tgk vid ni.. smg yg baik baik2 aje utk iamwatie dan shuib serta anak2.. inshaaAllah.. ”
” Bila tgk budak budak ni auto ayaq mata jatuhh.. Betapa rindunya mereka dengan kasih sayang ibu. Dapat kasih sayang tu dari Watie.. ”
Seronok melihat keakraban anak-anak dengan bakal mummy mereka ini. Bukan hanya Talita dan Mateen, Uwais pun boleh tahan manjanya dengan Watie. Semoga keluarga ini akan sentiasa bahagia selamanya dan Watie dapat menggalas tanggungjawab sebagai ibu untuk semua anak-anak Shuib.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Watie Hanifiah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti9 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

