Artis / Selebriti
” Siapa cakap suara Thalita tak sedap, meremang oii. Part kepala dengan muncung bibir tu sebijik Sarah.. ” – Komen Netizen
Video Thalita menyanyi lagu Lady Gaga di konsert minggu kedua Talk To My Manager raih pujian ramai. Wah konsep reggae, memang kreatif idea Shuib untuk Thalita. Patut jadi juara minggu ni. Komen Tok Ram untuk Thalita tu paling mahal..
Konsert rancangan realiti, Talk To My Manager (TTMM) minggu kedua telah pun berlangsung semalam. Masih lagi mengekalkan 7 orang peserta bertanding untuk minggu kedua ini, kesemuanya memiliki aura masing-masing dalam mempersembahkan nyanyian mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok F8buzz dan Instagram Sooka, telah dikongsikan video yang memaparkan persembahan salah seorang peserta kegemaran ramai iaitu Thalita. Untuk minggu kedua, Thalita diberikan tugasan untuk menyanyikan lagu dendangan asal Lady Gaga berjudul Always Remember Us This Way.
Sejurus sahaja Thalita naik ke pentas, sorakan diberikan oleh penyokongnya. Kehebatan Thalita yang mampu membawakan low note menjadi kekuatan anak dara Shuib ini. Shuib mencipta kelainan untuk Thalita apabila lagu ini dinyanyikan dengan konsep reggae bersesuai dengan tugasan pada minggu ini untuk mencipta kelainan.

Kelincahan Thalita menari dan gayanya yang mirip dengan ibunya Siti Sarah mengagumkan orang ramai. Ada juga di kalangan warganet yang merasakan seolah-olah melihat Siti Sarah yang menyanyi. Gaya cheeky Siti Sarah yang selalu dirindui oleh peminat-peminatnya dapat dilihat pada Thalita. Malah Dato’ Ramli MS sebagai juri juga turut memuji Thalita.
Jom tonton video di bawah :
@f8buzz Eh Tok Ram, bagi analogi kereta pula 😏🔥 Thalita X Shuib 🥰 🎤✨ Talk To My Manager minggu kedua! Saksikan lapan gandingan hebat ibu bapa selebriti dan anak mereka: Siti Saerah & Amad, Ameng & Ammar, Aziz M. Osman & Ara Aziz, Sharifah Shahirah & Auddra, Shuib & Thalita, Sharifah Zarina & Athalia, Ina Naim & Hadie, serta Liza Hanim & Marsya. Setiap pasangan berjuang bukan sekadar dengan bakat, tapi strategi pengurusan daripada orang tersayang! 📅 Setiap Ahad | ⏰ 9 malam | 📺 Astro Ria (CH.104) • Astro Go • sooka 👑 Hos: Datuk Aznil Hj. Nawawi | Juri: Che Puan Sarimah & Dato’ AC Mizal #f8buzzhiburan #TalkToMyManager #AstroRia #RealityShow @Thalita_Shuib @shuibsepahtu
@aminbinsyid #talktomymanager #fyppppppppppppppppppppppp #fyp
♬ original sound – abang sanggul lintang – abang sanggul lintang
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sebijik macam vibe arwah Siti Sarah.. lepas rindu pada Sarah tengok performance Thalita.. cantik thalita sebijik cm ibunya suka tgok thalita.. “
” Kalau skrg dia dah shinning apatah lagi 10 tahun akan dtg. Your late mom must be very² proud of u.. Good job , suara ibu dia , bolih menang juara.. “
” Ada gaya arwah Sara masa dulu-dulu.. Part2 kepala dengan muncung bibir tu.. itu mmg gaya ibu dia.. mana tak tumpahnya kuah kalau tak ke nasi. Semoga cemerlang di dunia dan di akhirat. Aamiin.. “
” Siapa cakap suara Thalita tak sedap, meremang oii.. suara dia deep btul. low note power. ajai prnah ckp. siti sarah tu power dkt low note dia. tak smua pnyanyi ada. skrg talita menurun bakat arwah mak dia. low note dia power btul.. “
” Dia ni kalau bawak lagu english memang power. Bila dia menari sama macam arwah mak dia.. Reborn of the Late Siti Sarah.. “
” Sebijik Sarah ke aku yang salah dengar ni.. makin lama makin sama style dan suara ibu dia.. sumpah rindu Sarah sangat.. gaya semua sama.. mini siti sarah.. go go Thalita.. “
” Nampak arwah ibu di situ, terima kasih Thalita, munculkan ibu kembali.. Yg ni tak leh ckp apa laaa… Dia mmg advance dri yg lain.. suara paling jelas vocal sebiji arwah mak dia.. “
Persembahan yang cukup bertenaga daripada Thalita. Bak komen warganet, umpama jelmaan Siti Sarah kerana suara dan gaya yang tersangat sama. Thalita berjaya mendapat tempat pertama untuk minggu kedua ini. Semoga Thalita terus bersinar dan menjadi juara TTMM.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sooka, Tiktok F8Buzz, Tiktok aminbinsyid
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti4 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Handsomenya Bilal, makin besar, makin handsome. Cair tengok Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dah ler handsome, suara pun best dengar. Tak kaku atas pentas tu.. ” – Komen Netizen

