Artis / Selebriti
” Senyum sampai telinga kau ye. Siap kau Bell, haha.. ” – Komen Netizen

Muatnaik gambar-gambar pakai baju pengantin, perkongsian Bell Ngasri buat warganet terhibur. Aiyokk Mem Besar, Sha Farhana pulak kena tag. Komen isteri Bell tu lawak betul. Masak lah Bell kali ni, haha..
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon dan pelawak, Bell Ngasri. Penerima trofi Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 35 ( ABPBH35 ) ini seorang yang berbakat besar dan mampu membawakan pelbagai watak dengan cukup baik.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Bell Ngasri, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan Bell bersama beberapa orang wanita. Dalam gambar ini, Bell mengenakan baju busana pengantin berwarna putih, begitu juga dengan salah seorang wanita yang ada di dalam gambar itu.
Kapsyen Bell cukup ringkas berbunyi ‘ Alhamdulillah cuma 1 je. Tolong lah jangan tag dia ‘. Walaupun tidak dinyatakan, semua maklum orang yang dimaksudkan oleh Bell adalah isterinya, Sha Farhana. Ianya bukan lah gambar Bell berkahwin dan hanya lah sekadar lakonan sahaja.
Warganet pula tidak henti-henti menyakat Bell dan ada juga yang sengaja tag akaun Instagram Sha Farhana. Tidak hanya peminat Bell, malah rakan-rakan artis juga seronok mengusik Bell. Bukan main lagi muka gembira Bell dalam gambar itu, tersenyum lebar sampai ke telinga.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Dah boring ke makan nasik pakai mulut? Nak try mkn bubur nasik sup kambing Cik Rohani ke haha.. “
” Kalau betul ni… habislah periuk belanga terbang melayang layang, menghempas your belakang haha.. “
” Aduh nak duduk celah mana ni ? Hahahaha.. Selamat Pengantin Baru Cik.. Terlihat lalu terkentut tengok haha.. “
” Rasa nak nyanyi tetapi jangan sampai haihh pecah tembelang haha.. “LAHANATTT PENGANTINN BARU.. SEMOGA…” versi Pak Kodi.. Jangan marah ya abam bell.. “
” Habis lah Bell.. Selamat Pangantin Baru.. Sampai hati tak jemput aku bellngasriofficial.. Bro.. isu lain x habis lagi hang dah tambah isu baru. Penat la kami natijeng.. “
” Jangan tag sape Bell? Sha Farhana ke? ok janji tak tag hahah.. tak sangka diam diam je dia tambah cawangan haha.. “
” Pergh bang Bell haha.. Ni bukan periuk belanga je terbang. Tong gas pun dia boleh hayun mcm baling pancing bang.. “
” Yak yak yey nak kawin dah.. Senyum sampai telinga kau ye.. siap kau Bell haha.. bini nombor berapa ni Bell hehe.. “
Komen daripada isteri Bell yang mengundang tawa warganet :
Itu lah Bell, mengundang sangat gambarnya sekali ‘Mem Besar’ perasan, komen paling win Bell dapat. Masak lah Bell kali ini, jangan kan periuk belanga, dengan Bell sekali sama-sama melayang, haha. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga terhibur dengan perkongsian ini.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Bell Ngasri
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Cepat betul Omma berfikir. Aku pun tak terfikir jawapan macam tu, haaaa sudah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Nasib kau lah anak dapat nenek-nenek semuanya tingtong, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Pergh jawapan Kak Long, tak ada tapis-tapis kali ni. Arghh aku yang nak guling guling suka ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Fattah, Fattah, nak kahwin dah ? ” – Elly Mazlein
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Menitik air mata jantan aku dengar lagu ni. Deep sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Sumpah tanpa muzik lagi sedap. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Rasa jantung macam nak luruh, you bayangkan anak kita doktor cakap macam tu.. ” – DS Shahida
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Fattah Amin tengok mesti dia pun senyum-senyum. Lawak Cik Semah ni.. ” – Komen Netizen