Artis / Selebriti
” Ala kenapa aku sedih ni. Faz kuat demi Fatima.. ” – Komen Netizen
Perkongsian terbaru Fazura bersama anaknya, Nur Fatima Aisya raih perhatian warganet. Alahai sebak pula baca kapsyen Fazura tu. Rahsia tuhan..
Fazura menjalani kehidupannya sebagai ibu tunggal dengan tenang dan tidak langsung terkesan dengan pelbagai tohmahan dan kecaman daripada wargamaya. Bagi Fazura, hidup perlu diteruskan dan Fazura ada tanggungjawab yang besar iaitu anaknya, Nur Fatima Aisya.
Menerusi perkongsian terbaru Fazura di akaun Instagramnya, telah dimuatnaik sekeping gambar Fazura dan Fatima yang memakai baju sedondon berwarna hitam. Apa yang menarik perhatian warganet adalah kapsyen yang ditulis oleh Fazura pada postingnya ini.
Fazura menggambarkan Fatima adalah bintang terindah yang dimilikinya dan berharap Fatima mengetahui betapa Fazura bahagia menjadi ibu kepada Fatima. Fatima adalah kegembiraan terbesar Fazura yang sangat disyukuri akan kehadirannya dalam hidup Fazura.

Fazura juga mengungkapkan harapannya untuk Fatima agar anak kesayangannya ini sentiasa dilindungi Allah di dunia dan akhirat. Janji Fazura terhadap Fatima yang dirinya akan selalu ada di samping Fatima dan melindungi Fatima sebaik yang mungkin. Ucapan Fazura ini meruntun hati warganet. Hati seorang ibu yang mahukan terbaik untuk permata hati tersayang.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 50 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Allahummabaariklaha.. moga Allah merberkati kalian berdua.. aamiin ya robb.. sayang Faz dan Fatima ketat-ketat.. Aamiin Ya Allah… moga faz dan fatima akan sentiasa sihat dlm rahmat kasih sayang Allah… Aamiin Ya Allah.. “
” Kasih ibu hingga ke jannah aamin.. cinta hati mommy.. Lots lots of love to both of you. Keep going strong.. “
” Untung fatima ada mommy always protect n bawak kemana2 mommy pergi. X semua org mampu.. “
” Sukanya tgk fazura and fatima. You can see how classy fazura is. She only focus on herself and her daughter.. “
” Faz dah la.. tak baik buat saya sayu tau.. alwys pray for the best for u both, always.. Moga Allah hadirkan someone yg mampu protect dan menyayangi kalian berdua InshaAllah.. “
” Sebak baca ayat Fazura ni. moga Allah merahmati dan melindungi both of you.. sayang sangat mommy and Fatima dunia akhirat.. “
” Alaaa Napa aku sedih ni… faz kuat demi fatima… Undeniable & Unconditional love between a mom & daughter .. in shaa Allah yang baik² sahaja akan datang nanti.. “
Ucapan yang simple tetapi cukup bermakna, luahan rasa seorang ibu terhadap anaknya yang juga sudah seperti nyawanya. Semoga kebahagiaan sentiasa memeluk erat Fazura dan Fatima. Semoga Fatima juga akan menjaga dan mengasihi mommynya sebagaimana mommynya menyayangi Fatima.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti15 hours ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti6 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita

