Artis / Selebriti
” Senyap senyap je dah kahwin. Macam tak percaya.. ” – Netizen
Gambar Dan Video Zizi Kirana Dan Yusuf Bahrin Sejurus Selepas Majlis Akad Nikah. Sama Cantik, Sama Padan Pengantin Baru Ni. Baju Pun Lawa, Tahniah Zizi Dan Yusuf !!
Ura-ura yang sejak semalam diperkatakan oleh media dan peminat tentang perkahwinan Zizi Kirana dan Yusuf Bahrin akhirnya terjawab. Menerusi akaun Instagram Yusuf Bahrin, telah dikongsikan gambar Zizi dan Yusuf yang bersaiz passport.
Yusuf turut mengesahkan di kapsyennya bahawa dia sudahpun bergelar suami yang sah kepada Zizi. Siapa sangka perkenalan singkat pasangan ini bakal berakhir ke jinjang pelamin. Betullah kata pepatah kalau sudah jodoh, tak akan ke mana.
Untuk makluman, hubungan istimewa Zizi dan Yusuf mula dihidu peminat apabila Yusuf pernah tersasul memanggil Zizi dengan panggilan ‘sayang’ ketika sesi live mereka. Bukan sekali malahan berkali-kali ianya terjadi namun kedua-duanya bijak mengawal reaksi masing-masing.

Zizi juga berkongsikan gambar yang sama di Instagramnya dengan kapsyen ringkas. Perkongsian oleh Yusuf ini mendapat hampir 30 ribu tanda suka daripada peminat setakat ini. Tentunya peminat setia Zizi dan Yusuf paling gembira dengan penyatuan mereka.
Jom baca perkongsian di bawah :
Posting terbaru Zizi yang meluahkan rasa syukur majlis akad nikah berjalan secara lancar dengan sekali lafaz sahaja :
Ucapan tahniah daripada peminat telah membanjiri posting tersebut. Berseri-seri sungguh kedua mempelai dan antara komen-komen peminat :
” Man betul betul kahwin dengan sumandak Sabah Man. Masin mulut kak shah, tahniah adikku. Alhamdulillah barakallhu lakuma wa baa raka’ alaika wa jama’a bainakumaa fii khoir.. “
” Alhamdulillah, till jannah anak muda. Syukur tahniah Yusuf Bahrin dan Zizi Kirana. So happy for the both of you.. “
” Tahniah bro, semoga bahagia hingga ke jannah. syukur alhamdulillah brother Yusud dan Zizi Kirana. Yeay dah geng.. “
” Steady cop, alhamdulillah. Congratulations Yusuf, leklok jadi suami. Semoga kalian berbahagia hingga ke syurga. Cepat-cepat dapat baby.. “
” Kenapa aku rasa cinta dia orang ni sangat unik je. Selamat pengantin baru Yusuf dan Zizi. Lepas ni boleh la buat live sesama, tak yah cover tersasul lagi hehe.. “
” Alhamdulillah Allah permudahkan urusan raja sehari. Tahu tahu kahwin eh korang ni. Sepadan dan sama cantik. Semoga bahagia hinggake jannah.. “
” So sweet, know know married. Kalau dah jodohkan, tak perlu lama dah sah jadi suami isteri. Sepadan sangat, baju pun cantik je tema Kaabah.. “
” Senyap senyap je dah kahwin. Macam tak percaya sweet couple ni dah kahwin. Sama cantik sama padan, simple tapi elegent sangat.. “
Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan untuk Yusuf dan Zizi. Ucapan selamat pengantin baru dari kami di Berita Kopak dan semoga ikatan perkahwinan ini berkekalan sehingga ke anak cucu serta berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Yusuf Bahrin, IG Zizi Kirana, IG Sinar, IG Motif Viral
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen

