Artis / Selebriti
” Allah uji untuk melepaskan benda yang saya sayang.. ” – Zizi Kirana
Video Zizi Kirana hadir ke Confession Bilik Gelap bercerita mengenai perkahwinannya dulu bersama Yusuf Bahrin buat ramai tersentuh. Hati masih sayang tetapi perlu melepaskan, sebaknya..
Zizi Kirana antara selebriti yang mempunyai ramai pengikutnya. Penghijrahan Zizi ke arah yang lebih baik, dari free hair kepada memakai hijab mendapat perhatian ramai. Begitu juga dengan kisah perkahwinannya yang kecundang di tengah jalan yang sehingga kini tidak langsung didedahkan puncanya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Syok Official dan Zizi Kirana, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan Zizi hadir ke Confession Bilik Gelap sebagai tetamu. Banyak persoalan yang dirungkai dalam podcast ini terutamanya yang melibatkan kisah peribadi Zizi.
Ketika ditanyakan mengenai perkahwinan yang lalu bersama Yusuf Bahrin, Zizi mengakui dia langsung tidak menyesali dengan apa yang telah terjadi. Bagi Zizi, itu juga salah satu ujian yang Allah berikan kepadanya dalam menyempurnakan hijrahnya.

Banyak yang Allah uji, namun Zizi menerimanya dengan redha dan tenang. Zizi turut menyifatkan segalanya yang dia miliki bukan lah hak mutlaknya. Segalanya akan kembali semula kepada Penciptanya baik harta, ahli keluarga mahu pun orang yang dicintai.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebuh 4000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Allah lepaskan sesuatu untuk kosongkan ruang dan memberi yang lebih baik in sya Allah.. Wanita kuat, respect Zizi.. “
” Respect zizi..ye kan semua kat dunia ni hanya Allah bg pinjam..xde yg milik kita.. semoga Allah temukan dgn lelaki yg lebih baik buat zizi kirana… sbb nak istiqomah nie bersama2 dgn ujian.. “
” Respect cara dia berfikir, positif dan boleh d jadikan sebagai pengajaran.. Betul semua milik Allah..Bila Allah bagi pinjam nikmati dan hargai..Sampai masa Allah tarik balik maka lepaskanlah.. “
” Semoga terus kekal di atas landasan-Nya. Sesungguhnya nikmat dunia itu hanya tipu daya semata-mata.. “
” Semua perkara atas dunia ni allah punya..kita pinjam je dari anak, suami, isteri malahan sebatang pencil pun Allah punya.. “
” Masyallah betul segalanya bukan milik kita maka jangan kita sayang sesuatu lebih dari Allah dan Rasul..
” Betul, takde benda dalam dunia ni pun milik kita. It’s a loan from Allah. Even diri kita, bukan kita yang punya.. “
” Ramai yg takut maka lebih rela jalan dalam kemaksiatan dan kemungkaran Allah terapi mereka lupa Allah ni lah yg mampu bolak balikkan hati.. “
Benar apa yang diperkatakan oleh Zizi, segalanya dalam hidup ini adalah pinjaman sementara daripada Allah dan sampai masanya, ia akan diambil kembali. Semoga Zizi terus istiqamah dalam perjuangannya ini dan menemui kebahagiaan abadi yang didambakan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Syokofficial
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Hussain bijak lenggokkan nada, sebab tu sedap. Dah jadi macam lagu dia sendiri.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Abu dan daddy undercover jadi Mamadom, Papadom.. ” – Ernie Zakri
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara dia tak sedap. Nasib baik anak angkat Tokti je, tak cukup value sebagai artis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Satu benda yang mommy selalu pegang sampai hari ini, Nada tak pernah.. ” – Fara Salleh
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia tak nak tengok ke, anak dia. Kenapa mesti nak membenci.. ” – Raja Azura
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, cantiknya Kak Pila. Tergugat anak dara ni, hampir tak cam tadi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kak Elly pregnant ke ? ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ini mummy tidak kehilangan seorang anak, tetapi mummy.. ” – Che Ta

