Connect with us

Artis / Selebriti

” Sedihnya tengok mak Amir peluk Amir tu. Ad0i nangis lagi.. ” – Netizen

Video Persembahan Adik Amir Menyanyikan Lagu Untukmu Ibu Dalam The Chosen One Dan Dikejutkan Dengan Kehadiran Ibunya Buat Ramai Menangis. Part Mak Adik Amir Naik Ke Pentas Dan Pel0k Amir Dengan Linangan Air Mata Tu Paling Sebak !!

Rancangan realiti The Chosen One sudah pun memasuki minggu ke 2. Jika minggu lalu, adik Amir membuatkan Dato’ Awie menangis kerana tersentuh mendengar suara Amir, minggu ini satu studio berlinangan air mata gara-gara dendangan lagu Untukmu Ibu.

Meninjau akaun Instagram Astro Ceria, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan suasana ketika Amir menyampaikan lagu tersebut. Suara Amir tidak dinafikan boleh menyentuh perasaan sesiapa sahaja. Dengan paparan video menunjukkan ibu Amir di kampung, ia menambahkan lagi rencah pada persembahan Amir ini.

Minggu ini istimewa kerana ibu Amir didatangkan khas ke studio untuk memberikan sokongan kepada anaknya ini dan ianya adalah kejutan untuk Amir. Lebih menyentuh hati adalah ibu Amir tidak pernah keluar dari kampung kediaman mereka dan ini kali pertama ibu Amir keluar serta datang ke Kuala Lumpur demi Amir.

Puan Ramlah, ibu kepada kanak-kanak berbakat besar ini tidak dapat menahan tangisan ketika memel0k Amir di atas pentas. Amir juga rindukan ibunya ini kerana sudah lama tidak berjumpa. Siapa yang tidak sebak melihat suasana sebegitu, sangat meruntun jiwa part Amir dengan Puan Ramlah ini.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by Astro Ceria (@astroceria)

Sila tunggu seketika jika video di bawah lambat keluar..

@temanpenganti

terharu,sedih semua ada 😭😭 bila giliran adik Amir nyanyi. #amirthechosenone #thechosenone #astroceria #orangaslimalaysia

♬ bunyi asal – Nizam🥸 – Nizam🥸

Perkongsian ini telah meraih ribuan tanda suka daripada warganet dan rata-ratanya tersentuh dengan nyanyian Amir ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Ya Allah… tak tahun nak ckp apa… adik Amir nyanyi memang sampai kat hati saya.. terharu tgk amir.. sebak tgk amek amir.. teringat lg masa amek dia hantar amir ke sek.. ”

” Dari kecik acik dgr lagu ni auto nang1s… hari ni amir buat acik nang1s lagi.. rindu arw4h mak… al Fatihah buat arw4h.. ”

” Ya Allah dik… Knpa klu adik amir nyanyi mesti air mata keluar ni… Subhanallah Allah pilih untuk mu dik.. ”

” Maknya seorg yg kuat bgtu juga amir.. kita ni je yg tk kuat.. tgk pun dh nang1s.. Saya mat rempit yg g4nas pun tewass.. ”

” Setiap kali adik amir nie nyanyi, setiap kali tu la air mata aku ngalir…. hati tisu sungguh. kena pulak lagu pasal ibu ni, lagi la banjir air mata.. part mak amir pel0k amir tu, sump4h tersiat naluri keibuan ini huhu.. ”

” Aku yang tiap2 tahun dapat anugerah cikgu paling garang ni pun meleleh-leleh air mata.. bangga hati mak amir tgk amir disayangi macam ni.. ”

” Sed1hnya tengok mak amir pelok amir tu. hati mak kan, bangga sampai menang1s tengok kejayaan anak dia. satu studio meraung tengok babak mak dengan anak ni.. ”

Adik Amir ini memang ‘ sesuatu ‘, suaranya begitu menusuk ke kalbu semua yang mendengar. Pastinya ibu Amir mendoakan agar Amir beroleh kejayaan dan restu serta sokongan ini akan membakar semangat Amir untuk selalu melakukan yang terbaik. Selamat maju jaya Amir untuk cabaran minggu akan datang.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Gempak, IG Astro Ceria, Tiktok temanpenganti

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT