Connect with us

Artis / Selebriti

” Punya lah dia kepit beg tu tak nak orang lain pegang.. ” – Netizen

Video Gelagat Amir The Chosen One Bersama Cikgu Isa Dan Abangnya Buat Ramai Terhibur. Amboi Amir, Bukan Main Kepit Lagi Beg Dia Tu. Ingatkan Apa Lah Yang Amir Simpan Dalam Beg Tu. Bila Tahu, Berdekah Dibuatnya. Lawak Amir Ni, Haha !!

Amir Sisi bukan sahaja menang sebagai juara The Chosen One tetapi juga juara di hati ramai rakyat Malaysia. Perkembangan Amir saban hari dinanti-nantikan oleh semua terutamanya peminat Amir. Buat masa sekarang, Amir banyak menerima undangan untuk membuat persembahan di kaca TV dan majlis rasmi.

Meninjau akaun Tiktok AcikAnie, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Amir bersama Cikgu Isa dan abangnya Arun. Amir ketika ini sedang menunggu giliran untuk membuat persembahan. Dapat dilihat Amir sedang seronok ketawa mengisi masanya sambil bergurau dengan cikgu Isa.

Klik gambar untuk info..

Amir turut memegang sebuah beg dan yang menarik perhatian adalah Amir tidak langsung melepaskan begnya itu, dikepit ke mana sahaja beg itu. Disangkakan ada makanan di dalam beg tersebut rupa-rupanya Amir menyimpan banyak getah gelang di dalamnya.

Bermain baling getah bersama Arun dan Cikgu Isa, gelagat Amir ini mengingatkan ramai warganet akan memori permainan dulu-dulu. Zaman dulu tiada gajet dan baling getah antara permainan yang digemari ramai. Bagus lah Amir, masih bebas daripada pengaruh gajet.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@anirahli

Cikgu Isa sabo jer layan je budak tak reti duduk diam ni. sementara tunggu turn show dia masih relax jer main2😂 #amirsisi #amirthechosenone #unuk #ceritaacikanie @Amir Sisi(Unuk)Official @Termoj Production

♬ Amir Putera Ghazal Untuk Rabiah – AcikAnie 🌹

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Mainan dedulu nie… teringat zaman kecil mainan delulu tak banyak keluar duit.. bdk2 skrang mn tau main permainan mcm tu dh.. ”

” Nama pun budak…. itulah layan jer lah.. tengok unuk main teringat zaman kanak-kanak dulu.. era 60an lagi main benda ni.. ”

” Bawa getah yer unuk untuk h1lang kepuasan.. Bagus cikgu Isa ni melayan je kerenah Amir.. seronok Amir dengan dunia dia.. ”

” Ingatkan tadi keropok lekor dalam bag tu, getah rupanya haha. Punya lah dia kepit beg tu tak nak orang lain pegang.. ”

” Terbaik unuk, zaman sekarang budak-budak tak lekang tangan dengan handphone, ramai yang lalai.. ”

” Haahaha unuk unuk.. bukn unuk la kalau x kelepet ye haha.. happy dia main getah tu. ger4m je tgk budk xdok diam ni.. ”

” Getah rupanya. seronok main baling getah gelang ye Amir… Cikgu pun terjebak sekali. janji happykan.. ”

Klik gambar untuk info..

Seronok tengok si Amir ini, biar pun tak canggih dan advanced seperti orang lain, janji Amir happy dan menikmati zaman kanak-kanaknya. Walaupun sudah famous, Amir tetap Amir seperti sebelum ini. Semoga Amir dimurahkan rezeki selalu dan semakin bersinar sebagai bintang.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok AcikAnie

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT