Artis / Selebriti
” Semua genre lagu Amir tapau ni. Sampai berkerut Amir, punya menghayati lagu.. ” – Netizen
Video Amir The Chosen One Menyanyi Lagu Malampagi Raih Perhatian Ramai. Alahai Sedapnya Suara Amir. Baru Dengar Jelas Lirik Lagu Ni Bila Amir Menyanyi. Yang Penting Lenggok Tu Yang Mahal, Best Lah Versi Amir Ni !!
Menerusi akaun Tiktok Amir Sisi Unuk Official, telah dikongsikan satu video pendek yang memaparkan Amir menyanyi lagu viral, Malampagi. Lagu dendangan asal Saixse ini memang selalu kedengaran di corong-corong radio dan menjadi siulan ramai.
Menurut admin akaun Amir ini, dek kerana lagu ini kerapkali didengari oleh Amir di radio ketika perjalanan ke KL tempoh hari membuatkan Amir secara tidak sengaja menghafal lagu tersebut. Amir sememangnya cepat mengingati lirik dan rentak lagu.
Mendengar alunan suara Amir ini membuatkan ramai warganet terutamanya peminat Amir terhibur. Ada yang mengatakan sejak program The Chosen One berakhir, malam Rabu terasa sunyi. Jika tidak, pasti ramai yang berada di hadapan kaca TV semata-mata untuk menonton persembahan Amir.

Memetik komen warganet, Amir sangat berbakat dan suaranya adalah anugerah Allah. Bagilah apa sahaja genre lagu, tentu akan jadi sedap dan masuk dengan lenggok suara Amir. Komen mereka lagi, Amir menyanyi lagu orang seperti laguny sendiri.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@amir.sisiunukoffi Sebab lagu ni byk kali dia dengar di radio masa ke KL,sampai terhafal sudah#fypシ #berandatiktok #diaridaripedalaman
♬ original sound – Amir Sisi(Unuk)Official – Amir Sisi(Unuk)Official
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Amir ni nyanyi lagu apa pun semua sedap dengar. Amir tolong cover lagu dawai tngah viral skrang ni mesti sedappp.. ”
” Astro mohon ada kan showcase untuk Amir. 1 Malaysia rindu Amir perform ni.. amir nnt cover lagu palestin tu mesti menusuk ke jiwa.. ”
” Nyanyi le lagu apa pun .. semua sedap… macam lagu sendiri amir oiiiii.. Rindu pulak dekat Amir.. Bila nak live lagi yea.. ”
” Macam tu je pun nyanyi tetap sedap. Aduh Amir, aura ko dik. Bawak lagu apa semua sedap didengar.. Sampai berkerut kau Mir punya menghayati lagu hehe.. ”
” Bosan dah huhuhu…. selalu tiap rabu confirm menunggu nak tengok prsembahan amir.. Smeoga Amir terus berjaya cemerlang dunia akhirat.. ”
” Semua genre lagu Amir tapau ni.. Amir ni nyanyi tanpa muzik pun dah sedap. adui sedap sungguh suara Amir ni.. ”
” Terbaik lah Amir, nyanyi gitu je dah bagus sangat. Semua lagu dia boleh bawak. Sedap Amir nyanyi lagu ni.. 1st time dengar dengan jelas lirik lagu ni.. ”
Bak kata Dato’ Awie, apa sahaja lagu yang menyanyi, pasti akan kedengaran sedap. Buka mulut sahaja sudah sedap, tak kira sama ada lagu sedih, lagu rock, hatta hip hop sekali pun. Semoga Amir terus berkarya dan mengembangkan bakat yang Amir ada. Berjaya selalu permata rimba kesayangan semua.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Amir Sisi Unuk Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil



