Artis / Selebriti
” Sedap la wey mama dia nyanyi, pergh power la.. ” – Netizen
Najwa Latif Kongsi Video Nyanyian Lagu Satu-Satu Bersama Mamanya Buat Ramai Terhibur. Fuh Suara Mama Najwa Pun Power. Tak Sangka Betul, Best Sangat !!
Pelantun lagu Cinta Muka Buku, Najwa Latif adalah antara artis yang tidak sahaja berbakat besar tetapi juga bijak pandai. Beauty with brain, itu yang boleh digelarkan kepada Najwa. Selain bergelar penyanyi, Najwa juga adalah seorang pensyarah di salah sebuah institusi pendidikan.
Bagi yang mengikuti Najwa, pastinya selalu melihat Najwa membuat video nyanyian bersama suaminya, Akwa Arifin. Kali ini Najwa memuatnaik pula video bersama mamanya. Meninjau akaun Instagram Najwa Latif, telah dikongsikan satu video yang memaparkan nyanyian Najwa bersama mama nya itu.
Siapa sangka mama Najwa juga mempunyai suara yang sedap dan merdu. Anak dan ibu ini mendendangkan lagu Satu-Satu dendangan asal Idgitaf. Sesuai dengan trademarknya, Najwa bermain gitar sambil menyanyi dan mengiringi nyanyian mamanya itu.

Rata-rata warganet yang menonton video ini teruja mendengar suara mama Najwa. Memetik komen mereka, patut lah Najwa bersuara merdu, mewarisi daripada mamanya. Sporting sungguh mama Najwa, seronok warganet melihat telah anak dan ibu ini.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Lurvenyaa your mom voice, great combo.. comellnyaa mama sedap suara mama.. best dengar mama nyanyi, patut lah najwa pun suara best.. ”
” Sedapnya Wawa dan mama cover lagu ni. Hmph mamanya pun, suara sedap jugak. 1st time dengar suara mama Wawa, memang wow sangat.. ”
” Sedapnya suara mama dia.. Ee comelnya dua-dua.. simple but nice, cute dua dua.. mom and najwa.. ”
” Sedap la wey mama dia nyanyi, pergh power la. Fans Mama hadir.. sweetnya memang both suara sedap.. ”
” Argh so cute sukanya tengok. tak hairan lah suara wawa sedap, tengok lah mama dia. Soothing betul suara mama.. ”
” Bestnya suara mama Wawa, fuhh best sangat dengar.. next cover lagi lagu dengan mama ye.. syok dengar.. tak puas dengar suara mama.. ”
” Cool lah mama dia, suara best wooo.. best dengar, perfect duo la mak dengan anak ni.. dua-dua lah suara sedap.. ”
Ini yang orang kata mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Suara mama Najwa memang sedap didengar, lembut sahaja alunan dan lentok suaranya itu. Next time boleh lah Najwa cover lagu-lagu lain lagi bersama mama okey. Ramai yang tak puas mendengar mama Najwa menyanyi.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Official Najwa Latif
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Keluarga2 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen



