Connect with us

Artis / Selebriti

” Kena hantar video ni dekat Nabil dengan Hawa. Jujur sangat Amir ni, haha.. ” – Netizen

Video Jawapan Amir The Chosen One Ketika Ditanyakan Oleh Gurunya Mengapa Tidak Menjawab Soalan Nabil Ahmad Ketika Di Program MeleT0P Buat Ramai Terhibur. Adui Sebab Tu Rupanya Amir Sampai Jadi Blur. Berdekah Dengar Jawapan Amir Ni, Lawak Betul !!

Meninjau akaun Tiktok dk2jomestaygerik, telah dikongsikan satu video yang memaparkan seorang guru wanita di SK Rps Kemar iaitu sekolah Amir The Chosen One berbual bersama Amir. Guru wanita ini bertanyakan kepada Amir mengenai peristiwa ketika Amir hadir ke program MeleT0P.

Bagi yang menonton episod Amir itu pastinya ingat yang Nabil Ahmad dan Hawa Rizwana ada bertanyakan beberapa soalan, namun Amir seperti mengambil masa untuk menjawab. Lebih banyak tersenyum, gelagat Amir ketika itu membuatkan Nabil geram.

Klik gambar untuk info..

Amir menjawab soalan gurunya itu sebab dia tidak menjawab ketika Nabil menyoalnya adalah kerana dia sedang menahan untuk membuang air besar. Alamak jawapan si Amir ini tak bertapis langsung, memang straight to the point dan sejujur-jujurnya.

Tergelak guru wanita tersebut mendengar jawapan Amir. Guru ini juga meminta Amir menyanyikan lagu Kemarin yang dinyanyikan Amir ketika final tempoh hari. Sporting betul Amir, tengah makan pun boleh melayan lagi permintaan gurunya itu.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu sekiranya video lambat keluar ) :

@dk2homestaygerik

#fyp #amirthechosenone

♬ original sound – D’k2 Private Pool Homestay – D’k2 Private Pool Homestay

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 5000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Itu lah kehidupan dia dan sahabat2…. berterus terang.. haha nk tersuka tgk. kne paksa nyanyi baru dia nak nynyi.. nasib dia x mntk byr dlu.. ”

” Adoi lah hai unuk lucunya jawapan.. lawak lah Amir ni.. amir mls lyn cikgu.. hahaha.. bgs amir.. xnk tunjuk dye pandai nyanyi.. ”

” Hahahahahhahaha.. muka dia cuakkk.. adoiii amir lawak sungguh.. cute bila ketawa adik amir..semoga sihat dunia akhirat ya.. ”

” Walaupon Main2… tapi tetap nyanyi bila org request.. walaupon 2 Baris hehe.. nasib baik amir tak terberak atas stage TCO hahaha.. ”

” Kelakar la amir ni , jawapan tu jujur betul tak de selindung langsung. Alahai Amir si kanak-kanak ribena ni.. ”

” Hahaahaha artis nk mkn pun xsempt kena suh nyanyi.. adoi jujur jwpn tu.. unuk tetap unuk. smg Allah sentiasa lindungi kamu.. ”

” Hahahaha… Kena hantar video ni dekat nabil dgn hawa haha… Jujur sangat adik Amir ni.. aduhai dgn cikgu dia pun dia tetap dia.. ”

Klik gambar untuk info..

Alahai Amir, jawapan tu memang tak berselindung langsung. Ini kalau Nabil dan Hawa tengok video ini tentu tergelak besar. Apa-apa pun, Amir sudah semakin dikenali dan semoga Amir tetap merendah diri seperti ini sampai bila-bila dan serta berjaya dalam apa jua yang diceburi.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok dk2homestaygerik

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT