Artis / Selebriti
” Melalak pulak bila dah jadi mak-mak ni dengar lagu macam ni.. ” – Netizen

Video Lagu Khas Wany Hasrita Buat Anaknya, Aishah Al-Iman Buat Ramai Teruja. Wah Best Liriknya, Suara Wany Pun Lain Kali Ni. Lirik Tu Sampai Ke Hati. Cinta Hati Seorang Ibu !!
Sudah 2 bulan sejak Wany Hasrita selamat melahirkan cahayamata sulungnya. Memilih nama Aishah Al-Iman untuk puteri sulungnya ini, Wany mengatakan dia akan menunjukkan wajah penuh Aishah kepada umum setelah Aishah mencapai usia 3 bulan.
Meninjau akaun Instagram Wany Hasrita, telah dikongsikan sedutan video yang memaparkan muzik video lagu terbaru Wany yang berjudul Cinta Hatiku. Tulis Wany di kapsyennya, lagu ini dirakamkan ketika Aishah masih di dalam kandungan dan ketika itu usia kandungannya 37 minggu.
Sebagaimana ibu lain, Wany mengharapkan Aishah akan membesar dengan sihat, menjadi anak yang kuat dan tabah dalam mengharungi hidup. Wany juga menitipkan pesanannya untuk Aishah yang ibu akan sentiasa ada walau apa jua keadaan Aishah nanti.
Mendengar lirik lagu dan lontaran suara Wany dalam MV ini, ramai yang memuji kelunakan suaranya. Comel sungguh anak dan ibu ini, terpancar menggunungnya rasa sayang Wany buat Aishah. Bak komen warganet, lirik lagu itu begitu menyentuh hati lagi-lagi buat kaum ibu.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 20 ribu tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Ala sayangnya ibu sed1h la.. Memang menusuk kalbu lagu ni. Congrats Wany sayang.. Syahdunya, terkesan betul lagu ni dik.. ”
” Syahdu sangat.. kena dengan situasi saya.. baru dapat baby lepas ttc14y. JAdi anak ibu yang baik tau Aishah sebab ibu Aishah baik sangat orangnya.. ”
” Aishah.. ibu dah release lagu untuk Aishah.. Besar dengan sihat yaa Aishah tayangg.. tyti luvyouuu.. ”
” Sed1h je dengar lirik tu. Tapi suara wany lain lah. Macam ala-ala indonesia punya style. Sedap dengar.. ”
” Sed1hnya.. baby ivf saya selepas 11 tahun dah 8 bulan.. melalak pulak bila dah jadi mak-mak ni dengar lagu mcmni.. ”
” Dengar lagu ni sambil tenung baby yg tak berapa sihat tengah tidur. Terima kasih untuk lagu yg indah ni Wany.. ”
” Lainnya suara Wany, makin sedap.. Nak tengok sediakan tisu.. bab anak ibu-ibu tak boleh kan. sedih lagu ni, terasa di hati.. ”
Lirik yang mudah, namun maksudnya sampai ke hati. Rasa kasih dan sayang seorang ibu yang dizahirkan dalam sebuah lagu. Untung Aishah, kecil lagi ibu sudah rakam lagu special untuk Aishah. Semoga Aishah membesar menjadi anak yang solehah dan kebanggaan ibu selalu.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Wany Hasrita
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin